#UAE akan ambil tindakan terhadap pemain dan pegawai

Susulan insiden pergaduhan yang berlaku di penghujung perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia B-23 dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) B-23 di Stadium Shah Alam malam tadi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menerusi kenyataan media, telah mengadakan perbicnagan dengan wakil pasukan UAE dan Konfederasi Bolasepa Asia (AFC) berhubung insiden semalam.

“Saya dan Dato’ Hamidin terus mengadakan perbincangan dengan pihak Persatuan Bolasepak Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menerusi setiausaha agungnya, Mohammed Hazzam Al Dhaheri dan juga naib presiden, Abdulla Naser Al Jneibi serta pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) iaitu setiausaha agungnya, Dato’ Windsor John.

“Selepas perbincangan, FAM telah menerima surat rasmi daripada UAE FA menyatakan mereka meminta maaf di atas insiden pergaduhan terbabit dan mengambil serius apa yang berlaku itu dengan akan melakukan siasatan dalaman bagi tindakan diambil kepada pemain dan pegawai pasukan berkenaan yang terlibat,”kata Stuart.

Tambahnya lagi, FAM akan mengemukakan laporan daripada Kommisioner Perlawanan (MC) dan juga pengadil kepada AFC pada hari ini dan seterusnya akan membuat tindakan susulan dengan AFC jika ada apa-apa keperluan selepas AFC meneliti laporan daripada semua pihak.

- Advertisement -