Impian Malaysia untuk meraih pingat pertama pada hari pertama Sukan Asia 2018 menerusi acara wushu masih samar selepas gagal dalam Taijiquan wanita akhir.

Sandaran yang diletak kepada Audrey Chan Yee Jo tidak membuahkan hasil apabila sekadar menduduki tangga ke sembilan keseluruhan dengan 9.56 mata berjaya diraih.

Pingat emas milik atlet tuan rumah, Lindswell yang mengumpul mata tertinggi 9.75 mata sekaligus mengatasi Juanita Mok Uen Ying dari Hong Kong yang dibezakan 0.04 mata sekaligus berpuas hati dengan pingat perak.

Manakala atlet Vietnam, Tran Thi Khanh Ly mengumpul 9.68 mata untuk melengkapkan podium, meraih pingat gangsa.

Terdahulu, Malaysia hampa menerusi displin Changquan apabila Yeap Wai Kin sekadar di kedudukan ke lapan  manakala Wong Weng Son di tempat ke sembilan.

- Advertisement -