Bintang wushu negara, Loh Jack Chang tekad mahu menghadiahkan pingat emas kepada kontijen negara di Sukan Asia sebagai hadiah hari kemerdekaan dan ia juga akan menjadi hadiah perpisahan buatnya yang akan bersara tidak lama lagi.

Bekas juara dunia berusia 31 tahun itu berkata selepas penampilan di temasya Jakarta-Palembang 2018 ini, dia akan mewakili Malaysia buat kali terakhir di Kejohanan Taijiquan Dunia di Bulgaria bermula 25 September sebelum menoktahkan kariernya sebagai atlet.

ā€œIni kali ketiga saya buat penampilan di Sukan Asia selepas Guangzhou dan Incheon, saya tidak mahu kecewa lagi. Ini peluang terbaik untuk saya menang pingat emas pertama dan terakhir di temasya ini dan saya tidak akan lepaskannya.

ā€œKetika di dua edisi yang lalu itu saya tidak berada pada tahap fizikal yang terbaik, berbeza kali ini saya bersedia sepenuhnya. Yang penting sekarang beri tumpuan penuh dan buat yang terbaik untuk meyakinkan juri. Saya berkeyakinan tinggi boleh menang emas kali ini,ā€ katanya.

Jack Chang akan mengambil bahagian dalam acara campuran Taijiquan dan Taijijian dengan juara dunia dari China akan menjadi pencabar utamanya dalam misi memburu emas.

Ditanya mengenai perancangan selepas bersara, Jack Chang berkata dia akan mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya iaitu Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal dan Ijazah Sarjana Perniagaan tetapi dalam masa sama mungkin akan terlibat sebagai jurulatih wushu secara sambilan.

Sementara itu, seorang lagi atlet wushu negara, Phoon Eyin, dia percaya boleh mencabar pingat emas pada penampilan keduanya di temasya Sukan Asia ini meskipun sudah hampir setahun tidak beraksi di pertandingan kompetitif.

Phoon akan mengambil bahagian dalam acara campuran jianshu dan qiangshu dengan atlet China dijangka menjadi halangan utama.Ā MUHD AIMANĀ 

 

- Advertisement -