Badminton Asia Junior Championships 2017 - Goh Jin Wei injured

 

Nasib berbeza dilalui dua pemain perseorangan negara di Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing, China pada aksi pusingan ketiga hari ini.

Selepas kejayaan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik melakar kejutan pada tengah hari tadi, giliran Liew Darren meneruskan cabaran perseorangan lelaki negara ke suku akhir.

Pertemuan ketiga diantara Liew Darren dan pilihan kelima dari India, K Srikanth, kejayaan terus memihak pemain negara yang menduduki ranking ke 39 dunia itu.

Aksi sengit dipamer kedua dua pemain diawal set pertama sebelum Liew Darren terus mengorak langkah untuk memastikan kemenangan menjadi milik Darren dengan kemenangan 21-18.

Pertemuan terakhir kedua dua pemain ini di GP Emas Malaysia pada 2013 terlalu pahit untuk ditelan Srikanth yang mahu mencari kemenangan sulung ke atas Darren.

K Srikanth memperbaiki kualiti permainannya di set kedua dan ia tampak berhasil apabila mendahului sehingga penghujung perlawanan.

Namun, Liew Darren terus fokus mengawal permainan menanti peluang terbaik untuk merapatkan jurang sekaligus mengikat kedudukan 18 sama.

Srikanth tampak tertekan dengan corak permainan Liew Darren sekaligus banyak melakukan kesilapan untuk memberikan kemenangan kepada perseorangan negara dengan kemenangan 21-18.

Darren akan berdepan wakil Jepun Kanta Tsuneyama diperingkat seuku akhir untuk memburu slot empat terbaik.

Dalam pada itu, cabaran perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei tamat hari ini selepas kecundang kepada pilihan kelapan dari Jepun, Nozomi Okuhara.

Okuhara ternyata sukar untuk ditandingi Jin Wei meskipun jurang mata tidak begitu jauh sepanjang set pertama.

Begitu juga situasi di set kedua yang menyaksikan Jin Wei mengungguli saingan pada satu ketika sebelum Nozomi Okuhara bangkit dengan aksi yang lebih kemas sekaligus melakar kemenangan straight set 23-21, 21-13.

Bergu lelaki negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong gagal melangkah ke suku akhir selepas tumpas kepada pilihan keempat dari China, Li Junhui/Liu Yuchen.

V Shem dan Wee Kiong yang diletak selaku pilihan ke 13 bagaimanapun diberi tentangan hebat sebelum menang 21-16, namun tewas 15-21, 20-22 selepas bertarung selama 62 minit.

 

- Advertisement -