Hasrat untuk Malaysia mempertahankan pingat gangsa dalam acara badminton berpasukan lelaki tidak kesampaian apabila tewas kepada Jepun 0-3.

Turun memulakan saingan dalam acara perseorangan lelaki, Liew Darren berdepan juara dunia 2018, Kento Momota.

Ternyata Liew Darren bukan tandingan Momota yang tampak berada di kelas tersendiri sekaligus mengesahkan kemenangan straight set 21-13, 21-14 untuk memberikan mata pertama kepada Jepun.

Sandaran kepada bergu lelaki, Goh V Shem/Tan Wee Kiong juga tidak kesampaian apabila tumpas kepada gandingan Takeshi Kamura/Keigo Sonoda juga dengan keputusan straight set 21-18, 21-18.

Tekanan nyata memihak Malaysia yang memerlukan kemenangan dalam aksi perseorangan kedua selepas ketinggalan 0-2.

Pemain muda yang sedang meningkat naik, Lee Zii Jia menjadi peluang terakhir Malaysia untuk meraih mata sekaligus mengheret perlawanan ke saingan bergu lelaki kedua.

Namun impian tersebut tidak kesampaian apabila Lee Zii Jia tumpas straight set 21-18, 21-18 kepada Kenta Nishimoto sekaligus mengesahkan Jepun selaku pemenang untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Jepun akan berdepan pemenang diantara Korea Selatan dan Thailand dimana kedua dua pasukan akan beraksi petang ini.

 

 

- Advertisement -