Tonggak pertahanan Terengganu, Wan Amirzafran Wan Nadris terpaksa melupakan baki saingan musim 2018 apabila sah mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) di lutut kanan.

Amirzafran yang pernah menyarung jersi T-Team dan Harimau Muda mengalami kecederaan itu ketika perebutan bola dengan penyerang Felda United, Gilberto Fortunato seawal minit keenam perlawanan suku akhir pertama antara kedua-dua pasukan di Jengka Jumaat lalu.Ā  Ā Ā 

Terengganu menang perlawanan itu 2-1.

Kehilangan Amirzafran tatkala Terengganu sedang dalam persiapan menghadapi aksi timbal balik di Kuala Terengganu pada Jumaat ini jelas satu tamparan hebat apatah lagi skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu tidak begitu bagus secara defensif di gelanggang sendiri dan khidmatnya sangatlah penting untuk memperkasa pertahanan.Ā 

ā€œSudah tentu ia bukan sesuatu yang bagus untuk kehilangan seorang pemain penting pada perlawanan yang begitu penting. Dia adalah salah seorang pemain tonggak saya dan kudratnya sangat diperlukan untuk menyekat barisan depan Felda United.

ā€œSaya akan menurunkan Anas (Nasrullah Hanif) sebagai pengganti dan percaya dia boleh mengisi ketiadaan Amirzafran. Saya berharap pertahanan akan bermain dengan lebih baik dan fokus kerana kita tahu Felda ada barisan serangan yang bagus dan sebarang kesilapan hanya akan mengundang padah,ā€ ujar Irfan Bakti ketika dihubungi Sports247.

Sebagai rekod, Nasrullah Haniff Johan yang menggantikan Amirzafran tempoh hari menjaringkan gol pertama pasukan kurang seminit selepas dimasukkan apabila tandukannya hasil hantaran Andrew Lee TuckĀ  gagal diselamatkan Farizal Harun.

The fighter berhasil menyamakan kedudukan di awal babak kedua menerusi Gilberto Fortunato namun jaringan penalti Lee Tuck memberikan sang penyu kelebihan tipis satu gol sebagai bekalan.

Dalam pada itu, Amirzafran pula jelas terkilan untuk tersisih pada ketika Terengganu berada dalam misi untuk melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama selepas tujuh tahun. Ā Ā 

ā€œPermukaan padang tidak rata menyebabkan saya terjatuh sebelum mengalami kecederaan teruk yang tidak diduga ini. Saya telah menjalani pemeriksaan di Pusat Perubatan Sunway dan doktor menyatakan saya perlu menjalani rawatan dan berehat antara enam hingga tujuh bulan untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat beraksi semula.

ā€œIanya sangat mengecewakan, apa yang mampu saya doakan pasukan kami layak ke separuh akhir dan seterusnya ke final. Kita sudah ada kelebihan jadi saya berharap rakan sepasukan berjuang habis-habisan untuk mempertahankannya,ā€ kata Amirzafran. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -