Akid catat masa terpantas di Teluk Intan

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/09/akid-catat-masa-terpantas-di-teluk-intan">
Twitter
Pinterest

 

 

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Mohd Akid Aziz, terus mencuri perhatian apabila sekali lagi muncul selaku pelumba terpantas sesi kelayakan CP150.

Beraksi di Teluk Intan untuk Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS, Akid mencatat masa 50.385 saat sebelum tersungkur di saat-saat akhir sesi kelayakan.

Di kebelakangan ini, Akid seringkali mendominasi sesi kelayakan kategori CP150. Namun, pelumba yang juga bergelar juara bertahan Underbone 150cc Asia itu masih sedang mengejar kemenangan CP150 pertama musim ini.

Rekod pada 2017 yang dicatat oleh Ahmad Afif Amran, 52.108 saat, diperbaharui  oleh 16 pelumba teratas musim ini.

Pendahulu kejuaraan Ahmad Afif Amran mencatat masa kedua terpantas dengan 50.953s, diikuti Hafiza Rofa, Hafiz Nor Azman serta Aiman Tahiruddin di dalam kelompok lima terbaik. Selain itu, Mohd Izzat Zaidi, Azroy Hakeem Anuar, Rozaiman Said, Helmi Azman dan Muhaimin Roslan juga berjaya melangkah ke sesi Super Pole pada hari perlumbaan nanti.

Dalam pada itu, juara bertahan Kasma Daniel Kasmayuddin gagal melayakkan diri ke sesi SuperPole dan akan memulakan perlumbaan dari petak ke-15.

Dalam perkembangan lain, Mohd Fareez Afeez dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing muncul sebagai pelumba terpantas CP115 dengan 54.440s sementara Mohd Danial Syahmi dari pasukan SIC Junior Team AFB TECH Racing mendominasi sesi kelayakan WIRA KBS.

KEPUTUSAN SESI KELAYAKAN

CP150

Mohd Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor; 50.835s
Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ; 50.953s
Mohd Hafiza Rofa (TRG) ONEXOX TKKR Racing Team; 51.248s
Mohd Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 51.288s
Mohd Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 51.393s

CP115

Mohd Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing; 54.440s
Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing; 54.452s
Mohd Haziq Mohd Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor; 54.696s
Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 54.761s
Nazirul Izzat Mohd Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 54.812s

WIRA KBS

Mohd Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing; 55.206s
Mohd Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha; 55.276s
Mohd Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing; 55.398s
Mohd Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing; 56.102s
Mohd Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing; 56.153s

Please follow and like us:
0