Apek kecewakan Honda, Malaysia bangkit menang 3-1 di Phnom Penh

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/09/apek-kecewakan-honda-malaysia-bangkit-raih-kemenangan-3-1-di-ho-chi-minh">
Twitter
Pinterest

Aksi kedua perlawanan persahabatan menyaksikan Malaysia bangkit daripada ketinggaan di babak pertama sekaligus melakar kemenangan selesa 3-1 ke atas Kemboja di Stadium Olimpik Nasional, Ho Chi Minh.

Situasi hampir sama dimana Harimau Malaya bermain dalam cuaca hujan serta padang yang becak, namun penamat hari ini berbeza ketika skuad kendalian Tan Cheng Hoe tewas kepada Taiwan Jumaat lalu.

Meskipun bermula lambat diawal permainan, namun, peranan yang dimainkan Khairul Fahmi Che Mat menjadi kunci kepada embakar semangat juang rakan sepasukan.

Gawang yang dipimpin Apek bolos diminit ke 18 menerusi penyudah Soeuy Visal sekaligus meletakkan skuad kendalian Keisuke Honda didepan 1-0.

Perubahan taktikal dilakukan Tan Cheng Hoe termasuk melakukan pertukaran pemain tampak membuahkan hasil apabila barisan pertahanan semakin kemas tatkala gandingan pemain tengah dan serangan lebih berkesan.

Gol penyamaan Malaysia akhirnya menjelma apabila Shahrul Saad menolak masuk bola susulan kesilapan penjaga gol Kemboja Sou Yaty yang gagal menangkap kemas tandukan pemain negara di minit 62.

Di saat ini Khairul Fahmi diuji dengan beberapa percubaan berbahaya pemain tuan rumah, namun kecekapannya menafikan hasrat Keisuke Honda untuk meraikan aksi sulungnya bersama Kemboja.

Bermula dengan tandukan Soey Visal disusuli sepakan percuma Keo Sokpheng dalam tempoh 10 minit dinafikan Apek sekaligus menaikkan lagi semangat juang rakan sepasukan.

Malaysia akhirnya mendahului 2-1 di minit 74 menerusi Syazwan Andik Ishak sekaligus melenyapkan semangat juang Kemboja.

Harimau Malaya mengesahkan kemenangan di Ho Chi Minh apabila Shahrel Fikri Md Fauzi menjaringkan gol ketiga untuk Malaysia ketika permainan memasuki masa tambahan selepas tamat masa sebenar.

Malaysia akan mengharungi tiga lagi aksi persahabtan antarabangsa sebagai persiapan sebelum Piala AFF 2018 bermula pada November; berdepan Sri Lanka pada 12 Oktober di Colombo disusuli dua perlawanan Stadium Nasional Bukit Jalil, menentang Kyrgystan ( 16 Oktober) dan Maldives (3 November) .

 

 

Please follow and like us:
0