SUKMA2018: Kenapa tidak bina bumbung awal awal lagi?

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/09/kenapa-tidak-bina-bumbung-awal-awal-lagi">
Twitter
Pinterest

Perbelanjaan untuk membaik pulih permukaan trek di Velodrom Rakyat di Ipoh mungkin berakhir dengan cerita kerugian.

Apa tidaknya, kayu yang digunakan untuk pembaikan trek terdedah kepada cuaca yang kini memasuki musim tengkujuh ketika ini.

Ditambah dengan venue tersebut yang kini digunakan untuk perlumbaan trek bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke 19, hujan lebat turun disebelah petang membasahi permukaan trek sekaligus mengundang persoalan, sejauh mana ketahanan kayu yang digunakan kerana terdedah sepenuhnya kepada cuaca panas dan hujan sepanjang hari?

Malah, laporan media tempatan hari ini turut menyatakan perlumbaan terjejas susulan permukaan trek basah akibat hujan lebat yang turun kira kira jam 5.30 petang.

Adakah kos 11 juta yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berbaloi tatkala pihak tertentu tersenyum gembira kerana tidak pelu mengeluarkan sebarang kos untuk membaik pulih.

Dimana peranan Persatuan Berbasikal Perak (PCA) yang seharusnya mengeluarkan cadangan untuk meletakkan bumbung sebelum proses membaik pulih permukaan trek dimulakan.

Laporan media pada 2015 menjangkakan kso sebanyak RM 4 juta untuk membaik pulih trek menggunakan kayu Accoya yang diimport dari luar negara dengan jaminan tidak akan reput untuk tempoh 50 tahun.

Menerusi kenyataan Presiden PCA, Datuk Amarjit Singh kepada media tempatan baru baru ini mahu mendapatkan peruntukkan sebanyak RM 3 juta untuk membina bumbung di Velodrom Rakyat.

Tidak dinyatakan bila dan kepada siapa permohonan itu akan dilakukan, dimana tanggungjawab persatuan sukan berbasikal yang seharusnya berusaha untuk mencari dana bagi mengurangkan perbelanjaan atau peruntukkan daripada kerajaan, sebaliknya menadah tangan tanpa rasa segan untuk meminta bantuan. – OLEH KU MOHD LUFTI 

Please follow and like us:
0