Foto – MSN

 

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman meluahkan kekecewaannya terhadap program Podium yang dilabel sebagai gagal mencapai kunci petunjuk prestasi (KPI) yang telah ditetapkan.

Podium mensasarkan untuk berada dikedudukan 10 terbaik bagi dua temasya besar tahun ini, Sukan Komanwel di Gold Coast, dan Sukan Asia ke 18 di Indonesia.

Lebih mengecewakan, hanya empat emas berjaya diraih atlet negara yang berada dibawah program Podium.

Selain menunggu laporan lengkap bedah siasat (post mortem) berhubung Sukan Asia sebelum memtuskan tindakan susulan, Syed Saddiq akan memanggil Pengarah Podium, Tim Newenham.

ā€œKami (KBS) akan memanggil beliau untuk mendapatkan penjelasan. Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan duduk bersama dan kita tengok apa yang patut dilakukan. Kita akan cuba pada minggu depan,ā€kata Syed Saddiq.

Beliau juga mendedahkan tidak berpuas hati dengan pencapaian dan hasil daripada program Podium yang diwujudkan pada awal 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr Khairi Zawi mendedahkan RM 67 juta telah dibelanjakan untuk menampung kos atlet dan jurulatih sahaja, tidak termasuk kos pengurusan.

Selain laporan bedah siasat, Syed Saddiq juga akan meneliti pandangan daripada pelbagai pihak yang terlibat termasuk pemegang taruh sebelum memutuskan langkah seterusnya yang perlu diambil termasuk melakukan rombakan secara besar besaran.

Kontinjen Malaysia menamatkan saingan dikedudukan ke 14 keseluruhan dengan tujuh emas, 13 perak dan 16 pingat gangsa.

ā€œSaya sudah maklumkan kepada pihak MSN dan ISN bahawa perlu ada rombakan yang besar daripada struktur pengurusan, sistem peruntukan, struktur ganjaran dan hukuman supaya kita dapat pastikan kesilapan dapat dielakkan dan kejayaan yang dikecapi dapat diteruskan,ā€ katanya lagi.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut mengumumkan perlaksanaan program latihan bagi Sukan Oimpik Tokyo 2020 dan Sukan Asia Hanzhou di China serta Sukan Komanwel di Birmingham yang akan berlangsung pada 2022.Ā 

 

- Advertisement -