SMK Za’ba terajui takhta liga, SSTMI kecundang di Sarawak

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/09/smk-zaba-terajui-takhta-liga-sstmi-kecundang-di-sarawak">
Twitter
Pinterest

 

Saingan Bolasepak 100PLUS Liga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2018 semakin hampir ke penghujungnya, namun masih belum menoktahkan pasukan mana yang dinobat juara liga bagi saingan Liga Super bawah 14 tahun.

Takhta liga kini diterajui SMK Za’ba ytang melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas SMK Seri Titiwangsa di Cheras.

Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan padang yang becak dan hujan lebat nyata menjejaskan sedikit sebanyak rentak permainan kedua dua pasukan.

Namun kelebihan tampak lebih memihak SM Za’ba kendalian Hakimi Ramli yang berjaya meraih tiga mata daripada tuan rumah.

“Syukur kami menang dan dapat tiga mata berharga. Saya mengubah taktikal di saat saat akhir, lebih banyak menggunakan hantaran tinggi dan jauh. Semangat, kerjasama dan displin semua pemain memastikan kami terus mempertahankan kelebihn gol sehingga wisel penamat,”kata Hakimi.

Jaringan Muhd Haikal Kamarulzaman diminit ke 18 memastikan SMK Za’ba meraih kemenangan selepas Muhd Ismail Basir menyamakan kedudukan di minit 17 selepas pelawat mendahului di minit 15 menerusi jaringan Abd raziq Abd Rahman.

Selepas beraksi 10 perlawanan, SMK Za’ba mengungguli Liga Super, berkongsi 23 mata dengan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) yang menghuni tangga kedua.

Kedudukan ini mungkin berubah kerana pasukan yang berada di tangga ketiga, Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) A baru melengkapkan lapan perlawanan setakat ini.

Dalam pada itu, SSTMI gagal untuk mengekalkan kedudukan selaku pendahulu liga selepas beraksi 11 perlawanan susulan kekalahan 0-2 ke atas SMK Tabuan Jaya di Sarawak.

Kesilapan mengundang padah buat SSTMI apabila Danish Zikry Zubir tertampan bola ke gawang sendiri berpunca daripada sepkan percuma pasukan lawan untuk meletakkan tuan rumah didepan 1-0 sebelum tamat separuh masa pertama.

Anak didik M Kaviarasu beraksi lebih kemas dibabak kedua meskipun bermain dalam cuaca hujan sepanjang perlawanan.

Namun kelebihan memihak tuan rumah apabila, Ainur Aiqal Ayub melebarkan kedudukan untuk tuan rumah kepada 2-0 di minit 51.

“Agak kecewa kerana tidak dapat mengekalkan momentum kemenangan atau sekurang kurangnya meraih satu mata.

“Dua kesilapan mudah di bahagian pertahanan, menyebabkan Sarawak mengambil kesempatan untuk menjaringkan dua gol termasuklah masalah komunikasi dibahagian pertahanan,”kata M Kaviarasu.

Dalam saingan Liga Perdana pula, SMK Ibrahim Fikri (Terengganu) dan SMK Tun Hussein Onn (Johor) terus bersaing untuk menghimpit dua pasukan teratas SMK Putera (Kelantan) dan SSMP B.

SMK Ibrahim Fikri melakar kemenangan tipis 3-2 ke atas SSMP B13 B untuk berada dikedudukan ketiga, berkongsi 19 mata dengan SSMP B.

Manakala kemenangan 3-1 ke atas SMK Kem Terendak memastikan SMK Tun Hussein Onn berada ditangga ketiga, ketinggalan satu mata dengan SMK Ibrahim Fikri.

Sementara itu, saingan bawah 17 tahun menyaksikan SMK Za’ba terlepas peluang untuk menerajui Liga Super selepas sekadar seri dengan SMK Seri Titiwangsa.

Peluang ini dimanfaatkan SMK Bukit Nenas yang melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Syed Hassan sekaligus menerajui liga, berkongsi 16 mata dengan SMK Za’ba selepas lapan perlawanan.

Saingan Liga Perdana pula menyaksikan pendahulu, SMK Seberang Temerloh terikat satu sama dengan SMK Seksyen 11, namun masih mengekalkan kedudukan dengan 19 mata selepas lapan perlawanan.

Di tangga kedua, SSMP B15 B yang meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Ibrahim Fikri dan hanya ketinggalan tiga mata, namun kurang dua perlawanan berbanding pendahulu.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN

 

SMK Bukit Nenas  0

SMK Syed Hassan   4

 

SMK Seri Kota  0

SMK Presint 14 (1)   1

 

SSMP B13 ‘A’  3

SMK Bukit Indah  2

 

SMK Seri Titiwangsa  1

SMK Za’ba  2

 

SMK Tabuan Jaya  2

SSTMI   0

Please follow and like us:
0