Ianya hadiah hari lahir yang cukup manis buat Imran Syamim Mohd Saifullah.

Sehari selepas meraikan ulangtahun ke-20, pemain ini meledak jaringan kemenangan ke atas Sarawak untuk membawa Pahang melangkah ke separuh akhir futsal lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak.

Aksi suku akhir di Arena Sukan Tertutup Manjung pada Isnin menyaksikan Sarawak pemenang pingat gangsa edisi 2011 terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Erzuan Gapar pada minit kesembilan.

Namun skuad tok gajah yang merupakan pemenang gangsa pada 2013 bangkit menyamakan kedudukan menerusi Amir Izzat Amran tujuh minit selepas itu sebelum Syamim yang beraksi untuk Akademi Kuantan Rangers menjaringkan gol kemenangan dua minit kemudian.

\ā€œIa perlawanan yang sukar berbanding dua perlawanan sebelum ini. Kami dikerah untuk bekerja keras namun kami menunjukkan semangat melawan yang tinggi untuk bangkit dan saya gembira dapat membantu kemaraan pasukan. Ia hadiah hari jadi yang cukup istimewa buat saya,ā€ ujar pemain itu.

Sebagai rekod dalam dua aksi peringkat kumpulan, Pahang mencatat kemenangan besar 9-2 ke atas juara bertahan Pulau Pinang dan 5-1 ke atas Terengganu.

Dalam aksi separuh akhir nanti, Pahang bimbingan Yazeed Hamzah yang mensasarkan untuk membawa pulang pingat emas akan menentang finalis 2013, Wilayah Persekutuan.

Wilayah Persekutuan yang dianggap sebagai satu daripada pasukan pilihan temasya kali ini cemerlang menundukkan Selangor 4-1. Mereka mendahului 4-0 menerusi jaringan Kamilul Shahidin Abdul Karim, Farid Lokman, Hikmal Firdaus Darul Ridzuan dan Shahril Hissham.

Gol tunggal Selangor dijaringkan oleh Imran Samsudin.

Satu lagi aksi suku akhir pula menyaksikan Terengganu mengejutkan Melaka 3-1 ā€“ gol buat Terengganu dijaringkan oleh Hafiz Ismail (2 gol) dan Hafizi Ismail. – OLEHĀ MUHAMMAD AIMANĀ 

- Advertisement -