Seandainya Terengganu FC berhasrat membawa pulang bekalan selesa dari aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Felda United di Stadium Tun Abdul Razak Jengka pada Jumaat, mereka perlu mengharapkan gandingan Andrew Lee Tuck, Kipre Tchetche dan Ashaari Samsudin kembali berada di prestasi terbaik.

Gandingan trio berkenaan berada dalam kelas tersendiri pada awal Piala Malaysia bermula di mana kombinasi mereka bertiga berjaya mengegar gawang lawan sebanyak 13 kali.

Sentuhan jaringan cemerlang itu menyaksikan Terengganu bimbingan Irfan Bakti Abu Salim muncul pasukan pertama layak ke suku akhir dengan catatan tiga kemenangan dan satu seri.

Namun, prestasi cemerlang itu gagal diteruskan sehingga aksi terakhir kumpulan di mana Terengganu tewas dua kali kepada Perak (1-2) dan Kuala Lumpur (2-3) dan bernasib baik berkesudahan selaku juara Kumpulan A.

Bagi Tuck yang merupakan arkitek pasukan dan juga penjaring terbanyak Terengganu dalam Piala Malaysia setakat ini dengan lima gol, dia mahu menjadi watak penting untuk memastikan pasukannya meneruskan kemaraan ke separuh akhir.

ā€œPenting untuk kami menjaringkan gol di tempat lawan tetapi sudah tentu Felda ada perancangan tersendiri untuk menghalang kami dari menjaringkan gol, ia bukan sesuatu yang mudah setiap kali bermain di gelanggang mereka apatah lagi bermain di padang rumput tiruan.

ā€œKita juga tidak boleh anggap kekalahan besar mereka kepada Melaka sebagai petanda pertahanan mereka lemah atau longgar. Mereka pastinya lebih bersedia, apa yang penting kini adalah kami perlu lebih efektif ketika menyerang.

ā€œKetika menentang Perak dan Kuala Lumpur, kita mencipta peluang tetapi tidak menyudahkannya. Kami perlu lebih tenang, lebih tajam dan gol akan datang, saya mahu menjaringkan gol kalau boleh, saya fikir jika kami kembali kepada apa yang telah kami tunjukkan di awal-awal dulu ianya akan menjadi malapetaka buat pertahanan lawan,ā€ kata pemain kelahiran England itu.

Aksi timbal balik antara kedua-dua pasukan akan berlangsung pada 28 September.

Sementara itu, Irfan Bakti yang membawa Terengganu mara ke final edisi 2011 pula menjelaskan pasukannya akan bangkit daripada kemeruduman prestasi tepat pada waktunya.

“Semua pemain utama bebas daripada kecederaan dan penggantungan perlawanan dan ini perkembangan positif di mana saya boleh turunkan barisan terkuat. Kita juga mengambil langkah menjalani latihan di padang rumput tiruan Gong Badak bagi membantu pemain menyesuaikan diri,ā€ ujar Irfan.Ā MUHD AIMANĀ 

- Advertisement -