ASC2018: Pahang ‘lepaskan’ Sumareh

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/10/aff-2018-pahang-lepaskan-sumareh">
Twitter
Pinterest

Impian pemain import Pahang, Mohamadou Sumareh untuk menyarung jersi Harimau Malaya menjadi kenyataan apabila Persatuan Bolasepak Pahang (PFA) sah memberi kebenaran untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe.

Pemain kelahiran Gambia ini tidak kelihatan ketika sesi latihan skuad kebangsaan semalam susulan gagal mendapat pelepasan daripada majikannya.

Pemain berusia 27 tahun ini ketika dihubungi media tempatan menjelaskan beliau akan bersama pemain pemain lain di Melaka dan akan berlepas ke Colombo esok untuk beraksi untuk skuad kebangsaan.

Pahang FA menyelesaikan isu berhubung status Sumareh sebagai pemain tempatan dengan Malaysia Football league (MFL).

Sumareh diberi kerakyatan Malaysia pada Julai lalu selepas memulakan kariernya sebagai pemain profesional sejak 2013.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan berdepan Sri lanka pada 12 Oktober sebelum pertemuan kedua menentang Republik Kyrgystan pada 16 Oktober di Melaka disusuli aksi menentang Maldives di Bukit Jalil pada 3 November sekaligus melengkapkan jadual perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ untuk skuad Harimau Malaya.

Malaysia akan memulakan kempen Piala AFF berdepan Kemboja di Phnom Penh pada 8 November.  KU MOHD LUFTI 

Please follow and like us:
0