Beberapa personaliti akan membentangkan kertas kerja mereka pada Seminar Pentadbiran Sukan yang dianjurkan oleh Persatuan Hoki Johor (JHA) pada 12 dan 13 Oktober ini.

Seminar yang diadakan sempena penganjuran edisi kelapan Piala Sultan Johor itu bakal menyaksikan individu seperti Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul selain Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam berkongsi pengalaman mereka dalam bidang pentadbiran dan pemasaran kepada peserta.

Antara panel yang turut akan berkongsi pengalaman mereka ialah bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi; Ketua Program Podium, Dr Vella Pandian; bekas kapten skuad hoki wanita negara dan Naib Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur, K Maheswari; Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Nadhratul Wardah Salman dan Ketua Unit Kerjaya dan Pendidikan Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Safwan Mohd Radzi.

Semua 16 persatuan hoki dijemput untuk menghantar seorang wakil dengan kos ditanggung oleh JHA.

JHA juga menjemput semua persatuan hoki daerah di Johor untuk mengambil bahagian.

ā€œKami berterima kasih kepada semua panel yang bersetuju untuk hadir bagi membentangkan kertas kerja mereka,ā€ kata Pemangku Presiden JHA, Datuk Manjit Majid Abdullah.

ā€œNamun, banyak negeri yang tidak memberi maklum balas dan bagi saya ia adalah satu kerugian kerana seminar pastinya akan memberikan pengetahuan yang baik berhubung pentadbiran sukan.

ā€œBagi yang hadir, saya yakin mereka akan mendapat kebaikannya.ā€

Majlis pembukaan seminar akan dirasmikan Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohamad Nazifuddin pada Jumaat ini.

Ā 

- Advertisement -