Baru kembali ke gelanggang selepas menjalani hukuman penggantungan, jaguh badminton dunia, Kento Momota mungkin berdepan hukuman denda atau penggantungan.

Laporan media Jepun mendedahkan, Kento Momota disyaki mempunyai skandal dengan pemain bergu wanita negara itu, Yuki Fukushima.

Rakaman kamera pada Mei lalu mendedahkan Yuki Fukushima keluar daripada bilik Momota ketika kem latihan yang diadakan di Tokyo.

Menurut kenyataan wakil Agensi Antidoping Jepun (JADA), pihaknya sedang melakukan pemeriksaan secara rambang ke atas pemain pemain bergu wanita pada jam enam pagi waktu tempatan di perkampungan atlet, namun Fukushima didapati tiada di biliknya.

Ketika latihan pusat, kesemua pemain termasuk Momota dan Fukushima diberikan bilik masing masing, namun rakaman kamera tertutup mendapati Fukushima keluar daripada bilik pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia.

Kedua dua pemain terlibat dipanggil JADA untuk diambil keterangan sebelum tindakan susulan diputuskan.

Kento Momota yang juga juara dunia digantung pada April 2016 sehingga Mei 2017 oleh Persatuan Badminton Jepun kerana berjudi.  KU MOHD LUFTI

 

 

 

 

 

- Advertisement -