Jaguh perseorangan muda negara, Lee Zii Jia menamatkan kemarau tanpa kejuaraan apabila muncul juara terbuka Taiwan hari ini.

Pemain berusia 20 tahun ini berdepab aksi yo yo sepanjang tahun apabila gagal menempatkan diri di kelompok empat terbaik dalam enam kejohanan Siri Super tahun ini.

Namum, cerita berbeza di Terbuka Taiwan, namanya mula menjadi sebutan selepas menundukkan pemain tuan rumah yang juga juara bertahan, Chou Tien Chen di separuh akhir.

Berdepan wakil Jepun, Riichi Takeshita, Lee Zii Jia nyata tidak diberi ruang mudah untuk meraih mata apabila dipaksa berkerja keras selain menanti kesilapan pemain lawan.

Set pertama memihak Zii Jia yang menang 21-17, namun Riichi Takeshita tampak lebh aggresif di set kedua untuk menang 21-16 sekaligus mengheret permainan ke set penentuan.

Lee Zii Jia tampak tenang dibawah kendalian Hendrawan selaku jurulatih untuk mencari ruang dan peluang terhidang.

Pertarungan yang berlangsung lebih sejam akhirnya menjadi milik Zii Jia yang menang 21-11 sekaligus memastikan kejuaraan sulung dipentas final pertamanya tahun ini.

Selaku juara, beliau membawa pulang wang tunai 37 500 Dolar US atau RM 156 000. – OLEH KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -