SMK Bukit Indah juara bawah 14, SMK Presint 14 (1) johan bawah 17

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/10/smk-bukit-indah-juara-bawah-14-smk-presint-14-1-johan-bawah-17">
Twitter
Pinterest

 

Aksi final Liga 100PLUS-Piala Menteri Pendidikan Bawah 14 tahun menyaksikan SMK Bukit Indah – yang juga merupakan akademi Johor Darul Ta’zim FC – muncul juara selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) Bawah 13 tahun.

Aksi bawah 14 tahun diantara dua finalis, SSMP Bawah 13 melayan kunjungan SMK Bukit Indah di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang.

Meskipun beraksi di gelanggang lawan, skuad kendalian Javier Sorda Rivera tetap mampu untuk mendominasi permainan dengan beberapa percubaan tepat ke kubu lawan.

Tiga peluang terbaik satu lawan satu terhidang untuk SMK Bukit Indah, namun ketumpulan penyudah penyerang menafikan impian pasukan kendalian Javier untuk mendahului saingan.

Ketika aksi seakan akan bakal disambung ke perlawanan masa tambahan, pemain gantian, Muhd Wafiq Mohd Saiby memecah kebuntuan apabila melepas rembatan dari luar kotak penalti di minit 67 sekaligus memastikan status juara milik SMK Bukit Indah.

“Kami mempunyai dua atau tiga peluang terbaik pada separuh masa pertama. Kami gagal menjaringkan gol tetapi penjaga gol kami juga beraksi cemerlang. Bagi saya NFDP (SSMP B13) beraksi cemerlang pada 15 minit pertama separuh masa kedua dan mengubah corak permainan tetapi Wafiq berjaya menjaringkan gol yang baik,”kata Ketua Jurulatih SMK Bukit Indah, Javier Sorda Rivera

Untuk rekod, SMK Bukit Indah menamatkan saingan Liga KPM 2018 dikedudukan ketiga.

 

Sementara itu, SMK Presint 14 (1) – akademi Felda – mengesahkan status selaku juara Liga Piala Remaja KPM-FAM bawah 17 tahun selepas turut melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Za’ba.

Muhd Zaidi Abdul Hamid muncul wira SMK Presint 14 (1) apabila menjaringkan gol di masa kecederaan penghujung perlawanan selepas menyudahkan sepakan percuma rakan sepasukan.

Kemenangan ini menyaksikan skuad kendalian Mazwan Abd Mansor meraih kejuraaan berganda selepas muncul juara Liga Perdana musim ini.

“Kali ini, Akademi Felda benar benar menunjukkan satu kemampuan dan satu kejayaan yang besar kerana pemain pemain ini terdiri daripada anak kakitangan warga Felda.

“Mereka menunjukkan komitmen dan jati diri yang tinggi sejak awal musim sehinggalah kemuncaknya pada perlawanan final malah kejayaan memenangi Liga Perdana dan akan beraksi di Liga Super musim depan merupakan titik semangat untuk pemain pemain,”kata Pengurus Pasukan, Nik Hasrul Mohd Zainuddin.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN

LIGA PIALA MENTERI PENDIDIKAN BAWAH 14 TAHUN

 

SMK Bukit Indah         1

SSMP B13                  0

 

LIGA PIALA REMAJA KPM – FAM BAWAH 17 TAHUN

 

SMK Presint 14 (1)       1

SMK Za’ba                  0

Please follow and like us:
0