Selepas berhempas pulas untuk mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF 2018, Harimau Malaya terus memberi tumpuan terhadap persiapan aksi separuh akhir pertama menentang Thailand Sabtu ini.

Tan Cheng Hoe tidak mahu pemain pemain terlalu mengagung agungkan kehebatan Thailand yang seringkali dilabel sebagai kuasa besar bolasepak di rantau Asia Tenggara.

Malah, rekod pertemuan diantara Malaysia dan Thailand tidaklah begitu baik, namun, Cheng Hoe menuntut pemain pemain untuk terus fokus.

“’ Kita nampak Thailand lebih menguasai dan mempunyai kelebihan. Kita tidak boleh anggap Thailand terlalu kuat, dan tidak boleh menang dengan mereka.

 

Sesi temubual Ketua Jurulatih Harimau Malaya – Tan Cheng Hoe ketika sesi latihan menjelang separuh akhir pertama

 

‘Saya harap pemain pemain perlu yakin dan seperti yang saya katakan, jika mereka yakin dengan diri sendiri, anda boleh atasi segala rintangan dan halangan,’kata Tan Cheng Hoe.

Beliau mengakui Thailand tampak memiliki kelebihan khususnya pengalaman beraksi di pentas yang lebih tinggi dan liga domestik yang kompetitif.

Namun, Cheng Hoe melihat aksi separuh akhir pertama dilaman sendiri sebagai motivasi tambahan serta peluang terbaik untuk mencari keputusan yang positif.

‘Saya mahu pemain menikmati suasana dengan penyokong yang penuh pada Sabtu malam nanti dan pada masa yang sama perlu fokus setiap masa setiap saat ketika menyerang dan bertahan.

‘Pemain kene buat keputusan yang terbaik ketika menyerang kerana kita masih lagi tidak dapat sentuhan terakhir yang terbaik.

‘Yang penting kita perlu gunakan kesempatan bermain dilaman sendiri dengan sokongan padu penyokong sendiri untuk dapatkan satu keputusan yang terbaik,’katanya lagi.

Malaysia menamatkan saingan dikedudukan kedua dalam kumpulan A di belakang Vietnam manakala Thailand menepati ramalan sebagai juara kumpulan B manakala Filipina kendalian Sven Goran Erickson melengkapkan empat pasukan ke separuh akhir dan akan bertemu Vietnam.

12 pertemuan diantara Malaysia dan Thailand sejak AFF tahun 1996 sehingga 2016 jelas sekali dikuasai Thailand yang melakar kemenangan sebanyak tujuh kali, seri tiga kali dan hanya tewas dua kali.

Sesi latihan turut disaksikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut meluangkan masa untuk menyampaikan amanat kepada pemain pemain menjelang aksi pertama separuh akhir menentang Thailand Sabtu ini.  KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -