Kekalahan ke atas Vietnam samada sudah diduga atau Malaysia mensasarkan sekurang kurangnya satu mata ke atas Vietnam malam tadi hanya mampu diterjemahkan oleh Tan Cheng Hoe.

Dengan nada yang tenag ketika siding media selepas perlawanan malam tadi, Tan Cheng Hoe ‘berpuas hati’ dengan pemain pemainnya.

“Kami bermain dengan baik berbanding dua perlawanan terdahulu tetapi kami melepaskan gol dalam tempoh 15 minit pertama kerana transisi dan penyudah.

“Sudah tentu saya berpuas hati dengan persembahan pemain pemain dan ia merupakan pengajaran kepada mereka,”kata Cheng Hoe.

Cerita yang sama sejak aksi pembukaan menentang Kemboja, melepaskan bola dengan mudah, kesilapan yang tidak sepatutnya selain kreativiti dan penyudah didepan gawang masih belum berkesudahan.

 

 

Tidak perlu menoleh kebelakang lagi, dengan tempoh masa kira kira seminggu sebelum sepak mula terakhir bagi peringkat kumpulan A ke atas Myanmar akan menjadi penentu terhadap masa depan Harimau Malaya.

“Saya rasa perlawanan dengan Myanmar nanti kita kene berikan sepenuhnya untuk dapatkan satu kemenangan.

“Saya rasa pemain pemain juga tahu kita bermain dengan baik tetapi kita akan perbaiki kelemahan dari segi pertukaran posisi daripada bertahan kepada menyerang dan sebaliknya dan bahagian pertahanan kita perlu lebih kemas lagi,”kata Cheng Hoe lagi.

Mengulas tentang aksi terakhir menentang Myanmar, Cheng Hoe masih yakin dengan barisan pemain mampu untuk bangkit dan melakar kemenangan di Bukit Jalil minggu depan.

“Kita boleh berpuas hati dengan corak permainan tetapi tidak boleh berpuas hati dengan keputusan,”katanya lagi.  KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -