Peranan sebagai ketua pasukan yang dipegang Zaquan Adha Abdul Razak sepanjang kempen Piala AFF Suzuki cukup berat, namun beliau mengharapkan rakan rakan yang lain untuk berganding bahu bersama sama.

Zaquan juga mengharapkan matlamat yang ditetapkan oleh Tan Cheng Hoe, iaitu mendapatkan keputusan yang positif ketika menentang Kemboja dalam aksi pembukaan menjad kenyataan.

 

 

“Yang lebih penting untuk saya sebagai ketua pasukan masing masing tahu tanggung jawab masing masing ketika bermain dalam perlawanan pertama esok.

“Kita bermain seperti kata orang; kita bermain demi lencana di dada dan saya sebagai ketua pasukan perlu memberi motivasi kepada rakan rakan yang lain.

“Tanggungjawab itu bukan harus sahaja kepada ketua pasukan . Seharusnya diambil oleh pemain pemain yang diberi mandat dalam kesebelasan utama,”kata Zaquan.

Tambahnya lagi, semangat tinggi rakan rakan khususnya pemain seperti Safawi Rasid, dan Shahrul Saad sebagai contoh yang memenangi trofi di Anugerah Bolasepak Kebangsaan baru baru ini menambahkan lagi kekuatan Harimau Malaya yang nyata dahagakan tiga mata pertama di Phnom Penh.  KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -