Rekod pertemuan diantara Malaysia dan Thailand dalam saingan Piala AFF jelas sekali tidak memihak kepada Malaysia.

Pertemuan terakhir kedua dua pasukan ketika 2014 dimana Malaysia tewas 0-2 dalam aksi final pertama dan menang 3-2 dalam aksi timbal balik, namun sekadar naib juara selepas Thailand menang dengan aggregat 4-3.

Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe bagi edisi 2018 tampak mahu menamatkan cerita badi kekalahan kepada Thailand sekaligus memburu keputusan positif Sabtu ini.

Pemain tengah, Syamer Kutty Abba tidak mahu memikirkan istlah badi kekalahan ketika ini, sebaliknya fokus dengan persiapan yang diberikan Tan Cheng Hoe.

“Istilah tersebut tiada di dalam kepala saya. Kami sudah lama bekerja keras ketika sesi latihan dan akan teruskan apa yang telah kami lakukan dan ambil peluang sebaik mungkin.

 

Sesi temuramah Syamer Kutty Abba

Tambahnya lagi, Malaysia juga mempunyai kekuatan tersendiri meskipun bakal berdepan Thailand yang dianggap mempunyai kekuatan teknkal dan taktikal.

Dalam pada itu, pemain pertahanan yang dinobat sebagai pemain terbaik ketika Malaysia menang ke atas Myanmar minggu lalu, Aidil Zafuan Abd Razak melihat penyerang berbisa Thailand, Adisak Kaisorn yang mengungguli carta penjaring terbanyak Piala AFF 2018 bukan halangan utama Harimau Malaya.

Sebaliknya, beliau mengharapkan rakan rakan sepasukan yang lain tidak memandang rendah kemampuan pemain pemain skuad Gajah Perang kerana masing masing mempunyai kemahiran tersendiri.

‘Untuk perlawanan bertemu Thailand, kita tidak boleh fokus kepada satu pemain (Adisak Kaisorn). Kita perlu ambil kesemua pemain pemain untuk mencari kemenangan.

Saya nak rakan sepasukan memberi tumpuan kepada pemain lain dalam pasukan Thailand kerana mereka mampu untuk memberi kemenangan untuk pasukan mereka,’kata Aidil.

 

Sesi temuramah Aidil Zafuan ketika sesi latihan Harimau Malaya

Malah, Malaysia memerlukan kemenangan dilaman sendiri Sabtu ini andai mahu mencerahkan peluang ke perlawanan akhir, kerana Thailand pastinya turun ke gelanggang sendiri pada separuh akhir kedua dengan tekanan. – OLEH KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -