Menghampiri fasa akhir sesi latihan menjelang separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF Sabtu ini, Tan Cheng Hoe terus tenang dan mengekalkan fokus terhadap persiapan pemain pemain bagi mencari gandingan dan formula terbaik untuk mencari keputusan positif.

Cheng Hoe tidak menolak Thailand mungkin akan bermain secara bertahan sambil menanti peluang untuk menghukum kesilapan pemain pemain negara.

Namun, aspek utama yang ditekankan Cheng Hoe ketika ini untuk tidak menghormati Thailand ketika di padang, malah menghentikan mentaliti mereka pasukan yang lebih baik.

‘Pemain pemain perlu tukar persepsi, tiap tiap kali jumpa Thailand, kita perlu bertahan dan kita rasa mereka lebih bagus daripada kita.

‘Kali ini saya nak pemain turun Sabtu ini dengan keyakinan bahawa kemungkinan besar Thailand akan bermain secara bertahan dan kita akan menguasai bola lebih menyerang dan sudah tentu disamping kita menyerang kita perlu jaga jaga dengan bahagian serangan mereka kerana mereka mempunyai dua atau tiga pemain yang mampu menjaringkan gol dan mencari peluang terbaik untuk menembusi pertahanan kita itu sebab kita kene jaga jaga dengan pertahanan kita,”kata Cheng Hoe

 

Sesi temuramah Tan Cheng Hoe 

 

Peranan dan persembahan yang ditunjukkan pemain tengah, Akram Mahinan, Syamer Kutty Abba dan Kenny Pal Raj ketika Malaysia melakar kemenangan 3-0 ke atas Myanmar minggu lalu membuktikan Malaysia mempunyai kualiti tersendiri di bahagian tengah.

‘Kita nampak dari bahagian tengah, Thailand mempunyai kelebihan dari segi kualiti pemain tetapi saya rasa pemain yang diturunkan pasukan kita tidak kurang hebat kerana daris segi kestabilan pemain seperti Akram Mahinan, Syamer Kutty Abba dan Kenny Pal Raj yang diturunkan tempoh hari juga mampu menggalas tugas tersebut,”katanya lagi

Sepanjang aksi peringkat kumpulan B, Thailand hanya bermain sekali di luar Stadium Rajamangala ketika seri menentang Filipina di Stadium Panaad, Bacolod sesuatu yang perlu diambil kira kerana ia salah satu faktor yang mungkin menganggu prestasi skuad Gajah Perang.

 

Komen Akram Mahinan 

 

Manakala Malaysia beraksi di gelanggang lawan sebanyak dua kali, ketika menentang Kemboha di Phnom Penh dan Hanoi dimana Malaysia tewas kepada Vietnam.

Thailand menjulang trofi Piala AFF sebanyak lima kali termasuk dua kali berturut turut pada 2014 dan 2016 manakala Malaysia muncul juara buat pertama kali pada 2010. KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -