Foto – Asiana.My

 

 

Impian Malaysia untuk sekurang kurangnya membawa pulang satu mata dari hanoi tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada tuan rumah, Vietnam dalam aksi ketiga kumpulan A di Stadium Kebangsaan My Dinh malam ini.

Pertukaran Tan Cheng Hoe di bahagian serangan dengan menyimpan Safawi Rasid, Zaquan Adha dan meletakkan Shahrel Fikri serta Akhyar Rashid ternyata mengundang seribu satu persoalan apabila gagal memberi impak.

Sebaliknya anak didik Park Heung Soe mendahului didepan menerusi tolakan mudah Nguyen Cong Phuong selepas rembatan rakan sepasukan Nguyen Anh Duc tersasar.

Beraksi di depan penyokong sendiri ternyata memberi suntikan semangat buat pemain pemain Vietnam yang terus menanti peluang terbuka untuk melancar serangan balas.

Tatkala Malaysia pula gagal mencipta peluang seperti kebiasannya apabila setiap hantaran jarak dekat yang menjadi pilihan Cheng Hoe berakhir dengan kegagalan.

Kehadiran Sumareh yang kembali daripada kecederaan juga tampak tidak banyak memberi impak kepada barisan serangan apabila dikawal rapi pertahanan lawan.

Cheng Hoe memasukkan Safawi rasid dan Ahmad Hazwan bakri untuk menggerakkan barisan serangan. Namun tuan rumah sekali lagi mencetak gol ketika perlawanan berbaki 30 minit.

Safawi hampir menggegar gawang Vietnam di minit 57 namun sepakan percuma ditepis penjaga gawang tuan rumah.

Hantaran Phan V D gagal dikekang tiga pemain pertahanan sebelum Nguyen Anh Duc melepasi perangkap ofsaid sekaligus menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk Vietnam selesa mendahului 2-0 di minit 61.

Kekalahan ini menyaksikan Malaysia turun ke tangga ketiga kumpulan A, berkongsi enam mata dengan Myanmar dan pendahulu, Vietnam, dibezakan menerusi jumlah gol.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan A, Myanmar bangkit daripada ketinggalan untuk menang 3-1 ke atas tuan rumah, Laos.

P Innalay membuka tirai gol untuk Laos diminit 14, namun Aung Thu menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Pelawat bangkit dan mendahului 2-1 menerusi W. Htet Phyoe sebelum L Maung Muang memastikan tiga mata berharga untuk kemenangan kedua berturut turut.  KU MOHD LUFTI 

 

 

- Advertisement -