Perkhabaran gembira dari kem Kemboja susulan kemunculan Keisuke Honda yang ditugaskan untuk membimbing pasukan itu kini hangat hangat tahi ayam.

Keisuke tidak bersama pasukan sepanjang persiapan bagi kempen Piala AFF Suzuki dan sesi latihan dikendalian pembantunya, Felix Augustin Gonzalez Dalmas.

Laporan media tempatan, bekas pemain kebangsaan Jepun itu berada di Australia dan beraksi untuk pasukan Melbourne Victory.

Samada mahu menyimpan sesuatu atau sebaliknya, Felix ketika siding media pra perlawanan Kemboja dan Malaysia menjelaskan, perbincangan tetap diadakan dan Keisuke sentiasa memantau perkembangan pasukan.

ā€œDia (Keisuke Honda) tidak akan berada disini. Keisuke tetap penting dalam pasukan ini dan dia cuba untuk membantu. Walaupun dia tiada, kami sentiasa berkomunikasi dan tahu apa yang sedang berlaku dalam pasukan ketika ini.

Keisuke Honda dialntik sebagai pengurus pasukan Kemboja pasa Ogos lalu dengan matlamat untuk memimpin pasukan di Piala AFF Suzuki 2018.

Felix juga mengakui selepas perlawanan persahabatan dengan Malaysia pada September lalu, pasukannya telah mempelajari banyak perkara dan bersedia untuk bersemuka dengan Harimau Malaya esok.

ā€œIanya perlawanan yang hebat ketika itu dan aksi pertama kali. Kami sudah berbeza dan banyak belajar kerana ianya pengalaman yang baik untuk kami,ā€kata Felix

Tambahnya lagi, meskipun Kemboja mempunyai Thierry Chanta Bin yang beraksi untuk pasukan Terengganu FC sekaligus mampu untuk membantu dalam mengenalpasti corak permainan Malaysia.

Namun, Felix yakin Malaysia ada ramuan tersendiri untuk perlawanan pembukaan esok untuk mengatasi pemain pemainnya.

Kemboja belum pernah melangkah ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki dalam enam penampilan mereka dikejohanan dwi tahun ini.

Namun, beraksi di gelanggang keramat esok ditambah sokongan padu penyokong sendiri mungkin mampu menghadirkan kejutan tersendiri ke atas Harimau Malaya. – OLEHĀ KU MOHD LUFTIĀ 

- Advertisement -