Bolos satu gol dalam dua perlawanan jelas membuktikan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat masih mempunyai kemampuan dan pilihan tepat oleh Tan Cheng Hoe untuk mengemudi gawang negara sepanjang kempen Piala AFF tahun ini.

Penjaga gol Melaka United ini hanya melepaskan gol ketika Malaysia ketinggalan 0-1 kepada Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagi Khairul atau ‘Apek’, Malaysia mampu untuk menyerap tekanan ketika beraksi di Hanoi malam ini.

Malah beliau mengharapkan pasukan tuan rumah lebih tertekan kerana bermain dilaman sendiri di depan penyokong sendiri dalam misi untuk memburu kemenangan.

Penajaga gawang negara yang terlibat ketika Malaysia menjulang trofi Piala AFF buat pertama kali pada 2010 telah mengkaji taktik serangan pihak lawan dan optimis keputusan positif mampu dicapai malam ini.

Ikuti komen Khairul Fahmi Che Mat selepas sesi latihan pasukan kebangsaan di Stadium Kebangsaan My Dinh semalam.  – OLEH KU MOHD LUFTI 

 

- Advertisement -