Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu pemain pemain khususnya ketika menyerang memanfaat setiap peluang yang terhidang untuk memastikan kemenangan sekaligus meraih mata maksimum selepas dua perlawanan.

Cheng Hoe tidak mahu penyokong penyokong yang hadir malam esok kecewa dengan aksi pemain pemainnya apabila gagal menjaringkan gol meskipun bermain dengan baik.

“Kami perlu bermain dengan keyakinan untuk mendapatkan mata maksima ke atas Laos sebelum memikirkan perlawanan dengan Vietnam.

“Kami perlu menjaringkan gol untuk menang. Jika kami bermain dengan baik tetapi tidak menjaringkan gol ketika perlawanan, sudah tentu kami tidak boleh menang.

“Justeru, saya harap pemain pemain dalam keadaan tenang dan fokus ketika di depan gol,”kata Cheng Hoe di siding media Pra Perlawanan diantara Malaysia dan Laos di Bukit Jalil.

 

Cheng Hoe juga tidak menolak Laos mungkin berpeluang untuk melakukan kejutan jika pemain pemain Harimau Malaya leka atau memberi ruang kepada lawan.

Meskipun Laos tewas 0-3 dalam aski pembukaan, ia bukan bermakna skuad kendalian V Sundram Moorthy sudah mengalah.

“Pasukan Laos mempunyai taktikal pertahanan yang baik dan displin yang tinggi, jadi pemain pemain tidak boleh kelam kabut atau ghairah untuk menyerang kerana serang balas Laos boleh menghukum kita,”kata Cheng Hoe lagi. –OLEH KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -