Detik yang dinanti nantikan bakal bermula dimana 180 minit masa sebenar di Bukit Jalil dan bangkok akan menjadi penentu diantara Malaysia dan Thailand dalam perebutan ke slot final.

Kedua dua datang ke peringkat separuh akhir menerusi cerita yang berbeza dimana Thailand muncul juara kumpulan B sementara Malaysia menamatkan saingan kumpulan A dikedudukan kedua.

Kata kata akhir daripada Tan Cheng Hoe sebelum sepak mula separuh akhir pertama di Bukit Jalil malam esok, tidak mahu gawangnya dibolosi.

Malah, cerita dan kata kata yang sama seringkali diucapkan, Tan Cheng Hoe tidak mahu pemain pemain terlalu obses menyerang hingga membuka ruang kepada lawan untuk menjaringkan gol.

 

“Mereka (Thailand) menjaringkan 15 gol sepanjang kejohanan. Apa yang penting pemain tidak boleh terlalu ghairah atau ingin mendapatkan gol hingga kita dibolosi.

“Bagi perlawanan kalah mati, gol ditempat lawan penting untuk mana mana pasukan. Saya akan berpuas hati jika kami tidak bolos tetapi sepanjang 90 minit kami tidak boleh hanya bertahan tetapi perlu menyerang dan pada masa yang sama waspada dengan serangan lawan,”kata Cheng Hoe.

Sudah tentu Cheng Hoe menjangkakan harapan yang tinggi daripada rakyat Malaysia apatah lagi kesemua tiket perlawanan telah habis dijual menyaksikan hampir 80 ribu penyokong tempatan bakal hadir memberikan sokongan.

Bekas pengendali Kedah ini mengharapkan pemain pemain untuk terus fokus dan yakin dengan kemampuan yang ada selain mengabaikan apa yang ada pada pemain pemain Thailand.

Selepas aksi separuh akhir pertama di Bukit Jalil kedua dua pasukan bakal melengkapkan baki 90 minit di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 5 Disember untuk menentukan siapakah yang akan ke final sekaligus berdepan samada Vietnam atau Filipina.

- Advertisement -