Pemain pertahanan negara, Shahrul Saad sudah bersedia untuk turun beraksi di Stadium Kebangsaan My Dinh malam esok bagi pertemuan ketiga kumpulan A diantara tuan rumah, Vietnam dan Malaysia.

Shahrul yang juga penerima anugerah pemain pertahanan terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2018 mengakui skuad kendalian Park Hang Seo mempunyai pemain pemain yang berkualiti khususnya di bahagian serangan.

Namun ia bukan bermakna pemain tuan rumah mampu untuk melepasi pertahanan negara dengan mudah.

 

“Memang mereka mempunyai pemain pemain yang agak baik terutama dari segi serangan ada beberapa pemain yang perlu kita awasi.

“Jadi saya harap pemain pertahanan negara bagi yang terbaik. Kita beri tumpuan terhadap pemain pemain utama mereka dan yang paling penting kita harus bermain sebagai satu pasukan dan mungkin kita akan raih kemenangan di sini,”kata Shahrul Saad.

Isu bermain di gelanggang lawan dengan kehadiran penyokong yang ramai bukan satu masalah buat Harimau Malaya kerana pemain pemain telahpun melaluinya ketika aksi pembukaan kumpulan A menentang Kemboja di Phnom Penh 8 November lalu.

“Saya tahu tiket perlawanan esok telah habis dijual dan sudah tentu penyokong yang ramai tetapi saya yakin dengan rakan rakan sepasukan kerana mereka pernah bermain didepan penyokong yang ramai seperti di Kemboja dan mereka bermotivasi tinggi untuk mencari kemenangan malam esok dan saya juga berharap pemain pemain dapat berikan yang terbaik,”kata Shahrul yang juga pemain Perak. – OLEH KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -