Ketua Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe tidak mahu aksi pembukaan kumpulan A menentang Kemboja esok berakhir dengan kekecewaan.

Sebaliknya, beliau mahukan keputusan yang positif sekaligus memastikan Malaysia tidak memilih laluan berliku untuk memburu slot ke separuh akhir nanti.

ā€œKemboja mahu menaikkan motivasi bersempena meraikan Hari Kemerdekaan negara mereka dan sudah tentu kami datang ke sini untuk mendapatkan keputusan yang positif dan permulaan yang baik,ā€kata Cheng Hoe

Aksi persahabatan diantara kedua dua pasukan pada September lalu menyaksikan Malaysia menang 3-1 dan mungkin menjadi kunci dalam menilai prestasi dan kemampuan pemain pemain lawan.

ā€œSudah tentu perlawanan pada September lalu adalah aksi persahabatan. Tetapi eso merupakan perlawanan yang kompetitif.

ā€œkali ini kami turun dengan gandingan pemain yang berbeza, 10 pemain baru dipanggil.

 

 

Namun Cheng Hoe tidak menolak Angkor Warriors sudah berubah apatah lagi semakin serasi dibawah kendalian Keisuke Honda.

Tiada isu kecederaan melibatkan kem Malaysia ketika ini sekaligus memberi perkhabaran gembira buat Cheng Hoe dan barisan kejurulatihan menjelang aksi pembukaan kumpulan A esok.

Malah, pemain pemain seperti Safawi Rasid, Shahrul Saad dan Farizal Marlias pastinya mempunyai semangat yang cukup tinggi selepas memenangi anugerah di Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2018 baru baru ini.

Cheng Hoe dalam pada itu mengingatkan, untuk beraksi sebaik mungkin meskipun bakal beraksi didepan penyokong penyokong lawan esok.

Sepak mula perlawanan diantara Kemboja dan Malaysia dijadual berlangsung jam 6.30 petang waktu tempatan di Stadium Olimpik Kebangsaan, Phnom Penh.Ā Ā – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -