Ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe mengharapkan pengalaman di dua perlawanan pertama sudah cukup memberi pengajaran kepada pemain pemain menjelang aksi ketiga kumpulan A menentang Vietnam esok.

Cheng Hoe seringkali mengingatkan pemain pemain untuk tidak hilang fokus khususnya diawal permainan kerana ia bakal mengundang padah.

ā€œSaya rasa pemain2 dh belajar sesuatu dan tiap tiap game mesti belajar sesuatu, kita conceded gol awal dan terpaksa double effort dan lawan balik untuk dapatkan kemenangan .

ā€œPerlawanan kali ini atau esok cukup penting. Pemain pemain tidak boleh hilang fokus dan melepaskan gol awal.

ā€œDan kalau berlaku akan sukar untuk kita dapatkan keputusan positif. Tetapi sebagai jurulatih, perlawanan dengan Kemboja dan Laos kita nampak peningkatan dan sudah tentu kita mencari keputusan yang positif untuk perlawanan malam esok,ā€kata Cheng Hoe.

 

Mengulas tentang kondisi Mohamadou Sumareh, penilaian terhadap pemain itu masih dilakukan oleh pegawai perubatan dan masih ada kira kira 24 jam sebelum senarai kesebelasan utama diumumkan bagi perlawanan esok.

Dalam pada itu, Cheng Hoe turut berpendapat, barisan serangan The Golden Dragons perlu dikawal dengan baik oleh pemain pertahanan jika Malaysia memasang impian untuk sekurang kurangnya meraih satu mata dari Stadium Kebangsaan My Dinh, Hanoi.

ā€œKita harap terutamanya pertahanan kene fokus setiap kali serangan daripada Vietnam. Pemain nombor 10 (Nguyen Van Quyet), nombor 19 (Nguyen Quang Hai) dan nombor 14 (Nguyen Cong Phuong). Saya rasa tiga pemain ini adalah tonggak utama dibahagian serangan.

ā€œTetapi kita juga mampu memberi serangan yang baik dan mempunyai kekuatan dalam ball possession. Pemain pemain kene ingat kita tidak boleh terlalu cepat hilang bola dan kita pun ada peluang untuk menjaringkan gol yang agak bagus dan terbaik,ā€kata Cheng Hoe lagi.

Pertemuan terakhir kedua dua pasukan di dalam saingan Piala AFF, Malaysia tewas 0-1 dua tahun lalu dalam aksi peringkat kumpulan di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar.

Manakala pada 2014, Harimau Malaya mara ke perlawanan final, tewas 1-2 di separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam namun bangkit dengan kemenangan 4-2 di Stadium Kebangsaan My Dinh, Hanoi. – OLEH KU MOHD LUFTIĀ 

- Advertisement -