ASC 2018: Thierry waspada kelibat Safawi Rasid, Sumareh

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/11/asc-2018-thierry-waspada-kelibat-safawi-rasid-sumareh">
Twitter
Pinterest

 

 

 

Pemain import yang beraksi untuk pasukan Terengganu FC, Thierry Chanta Bin berpendapat penyerang Johor Darul Ta’zim Safawi Rasid antara yang perlu di beri perhatian ketika aksi pembukaan kumpulan A diantara Kemboja dan Malaysia malam ini.

Safawi yang juga pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2018 baru baru ini dilihat antara pemain Harimau Malaya yang mampu menggegar kubu pertahanan Kemboja.

Malah, Thierry sedia maklum cara permainan Malaysia berdasarkan pertemuan terakhir kedua dua pasukan September lalu.

“Kami pernah bermain dengan mereka (Malaysia) tetapi skuad masih belum lengkap ketika itu dan bukan yang terbaik. Jadi saya menjangkakan permainan yang berbeza.

“Sudah tentu kami tahu siapa pemain utama dan kualiti mereka, jadi perlawanan malam ini pastinya menarik.

“Malaysia suka bermain hantaran pendek dan pemain utama mereka, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh tetapi saya juga tahu kesemua pemain pemain adalah penting dan bagus di posisi masing masing,”kata Thierry

Meskipun tanpa kelibat Keisuke Honda, pemain berusia 27 tahun ini optimis Felix Augustin Gonzalez Dalmas punya tonik tersendiri untuk mempersiapakan pasukan Angkor Warriors.

“Kami cuba untuk maju selangkah demi selangkah sejak Felix mengemudi pasukan ini. Proses yang kami lalui sangat positif dan kami akan terus berusaha keras untuk mendapatkan keputusan yang baik,”katanya lagi.

Thierry juga mengharapkan penampilan Kemboja di Piala Suzuki AFF 2018 mampu untuk berada di kelompok dua pasukan teratas dalam kumpulan A.

Kemboja akan melayan kunjungan Malaysia di Stadium Olimpik Kebangsaan di Pnhom Penh sebelum bertandang ke Stadium Mandalar Thiri di Mandalay untuk perlawanan dengan Myanmar pada 12 November.  KU MOHD LUFTI 

Please follow and like us:
0