Sinar kembali menyala buat skuad kebangsaan mala mini dalam misi memburu slot ke separuh akhir Piala AFF 2018 selepas kelihatan suram susulan kekalahan kepada Vietnam minggu lalu.

Peluang terbaik untuk Malaysia selepas pertemuan diantara tuan rumah, Myanmar dan Vietnam di Yangon hari ini berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Selepas tiga perlawanan, Myanmar menerajui kumpulan A, berkongsi tujuh mata dengan Vietnam di tangga kedua dibezakan menerusi jumlah gol sementara Malaysia kekal ditangga ketiga dengan enam mata.

 

Sesi temuramah media bersama Tan Cheng Hoe pada sesi latihan pertama Malaysia selepas perlawanan menentang Vietnam

 

 

Kira kira empat hari sebelum sepak mula terakhir kumpulan A menentang Myanmar menjadi peluang terakhir Tan Cheng Hoe untuk merangka strategi dan mencari formula terbaik untuk memastkan kedudukan kedua menjadi milik Harimau Malaya.

Selepas mengharungi jadual padat mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh sembilan hari, peluang yang ada sebelum aksi terakhir menentang Myanmar pada Sabtu tidak mahu disia siakan dengan kekalahan apatah lagi beraksi dilaman sendiri.

Malaysia membuka kempen kumpulan A dengan kemenangan 1-0 ke atas Kemboja di Phnom Penh pada 8 November disusuli kemenangan selesa 3-1 ke atas Laos di Bukit Jalil empat hari berikutnya sebelum kecundang di tangan Vietnam di Hanoi pada 16 November.

Sesi latihan pertama selepas kembali dari Hanoi, Cheng Hoe masih memantau tahap kecederaan Mohamadou Sumareh yang dilihat masih bergelut dengan kecederaan hamstring.

Meskipun berdepan kritikan susulan kekalahan di Stadium Kebangsaan My Dinh, Hanoi, Tan Cheng Hoe tetap dengan pendiriannya pemain pemain mempamer aksi terbaik sepanjang perlawanan ketika itu.

Penguasaan bola secara keseluruhan jelas sukar dicabar Vietnam, namun tuan rumah nyata lebih bertuah memanfaatkan peluang atas kesilapan Malaysia.

 

 

- Advertisement -