ASC 2018: Wan Karpet tidak rela pilih laluan sukar

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/11/asc-2018-wan-karpet-tidak-rela-pilih-laluan-sukar">
Twitter
Pinterest

 

 

Pemain sayap, Muhd Syazwan Zainon mengharapkan tiga mata berjaya diraih malam ini sekaligus memberikan permulaan positif untuk Harimau Malaya dalam aksi peringkat kumpulam Piala AFF 2018.

Pertemuan dengan Kemboja ibarat pertemuan semula kedua dua pasukan pada 2016 dimana Malaysia bangkit daripada ketinggalan 1-2 sekaligus menang 3-2 di Stadium Olimpik Kebangsaan, Phnom Penh.

Syazwan Zainon yang dikenali dengan Wan Karpet antara karakter utama ketika itu apabila menyuntik semangat juang Harimau Malaya dengan gol untuk merapatkan jurang ketika Malaysia ketinggalan 0-1.

Namun, Syazwan tidak mahu tanggungjawab diletakkan dibahu beliau semata mata, sebaliknya ia perlu digalas semua pemain.

“Jurulatih (Tan Cheng Hoe) tidak meletakkan kepada saya, tetapi kepada semua pemain. Tidak kisah siapa yang akan diturunkan, yang penting adalah tiga mata berharga kerana kita tahu format baru Piala AFF tahun ini dua ditempat lawan dan dua di tempat sendiri, justeru kita perlu mendapatkan tiga mata,”kata Syazwan.

 

 

Tekanan beraksi di depan penyokong lawan tidak dianggap satu isu besar buat pemain yang akan menyarung jersi Selangor musim depan kerana semua pemain pemain sudah biasa beraksi di depan penyokong lawan.

Beliau juga mengakui Angkor Warriors mungkin berbeza ketika aksi persahabatan September lalu ditambah pula dengan bekas pemain kebangsaan Jepun, Keisuke Honda yang mengambil alih pasukan itu pastinya menambahkan lagi kerancakkan saingan malam ini.

Andai tewas, Syazwan tidak melihat peluang Malaysia sudah tertutup untuk ke peringkat separuh akhir, tetapi liku yang perlu ditempuh bakal menjadi sukar.

“Kemenangan pertama ini memotivasikan pasukan. Kalau kata kita kalah, bukan mudah untuk bangkit di perlawanan kedua walaupun kita bermain di gelanggang sendiri, jadi perlawanan pertama ini cukup penting,”kata Syazwan lagi.

Selepas menentang Kemboja, Malaysia akan pulang ke Malaysia dan bersedia untuk melayan kunjungan Laos pada 12 November di Stadium Nasional Bukit Jalil. KU MOHD LUFTI 

 

 

Please follow and like us:
0