Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengadakan perjumpaan dengan pemimpin tertinggi ahli gabungannya sambil berkongsi visi dan misi ke arah memastikan pemegang taruh utamanya memahami tuntutan di sebalik pelancaran Peta Hala Tuju FAM baru-baru ini.

FAM turut melancarkan Projek Pemerkasaan Ahli Gabungan (ACE) bertujuan memberi khidmat sokongan dan bantuan dari sudut urus tadbir, teknikal dan pembangunan pertandingan kepada anggota gabungannya.

Projek itu yang juga cetusan ilham Presiden FAM, Datoā€™ Haji Hamidin binĀ HajiĀ Mohd Amin, adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju FAM 2019-2030 atau F:30 yang menitikberatkan pemerkasaan ahli gabungan agar mereka mampu bergerak seiring dengan badan induk berkenaan dalam mewujudkan ekosistem menyeluruh.

Menerusi projek ACE yang dibahagi kepada tiga teras ā€“ Pengurusan dan Pentadbiran, Pembangunan Bola Sepak dan Pembangunan Pertandingan, ahli gabungan FAM boleh membuat permohonan untuk menerima geran dan bantuan kepakaran urus tadbir serta teknikal daripada badan induk berkenaan bermula 2019.

Projek itu menyediakan khidmat sokongan dan bantuan dari segi urus tadbir seperti pengurusan kewangan, perundangan, pemasaran dan penajaan, media dan komunikasi, pembangunan kelab penyokong serta program tindik di FAM selain penilaian teknikal menerusi kursus kejurulatihan dan penyediaan peralatan dan bengkel berkaitan sistem pengurusan liga dan pertandingan berasaskan elektronik serta dana untuk penganjuran liga negeri.

ā€œTiga teras ini menjadi fokus kepada FAM kerana jika ahli gabungan kukuh, maka utuhlah FAM. Memperkasakan ahli gabungan sekali gus memperkasakan FAM, manakala sokongan teknikal bertujuan melahirkan jurulatih dan pemain berwibawa dan hanya menerusi pertandingan, peluang untuk pemain dan jurulatih mengasah kepakaran masing-masing terbuka luas.

ā€œProjek ini ditawarkan kepada semua ahli gabungan FAM yang dikehendaki memenuhi beberapa syarat, termasuk penyediaan pelan strategik, bajet dan kertas kerja mengikut projek,ā€ kata Datoā€™ Haji Hamidin.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Bersama presiden semua ahli gabungan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Turut hadir Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (Presiden FAS), Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri (Presiden PBNS) serta presiden dan wakil dari 20 ahli gabungan FAM.

Datoā€™ Haji Hamidin berkata, projek ACE mencerminkan kesungguhan FAM mencontohi amalan urus tadbir terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Terangkum dalam projek ACE ialah beberapa pembaharuan jangka masa panjang, termasuk membangunkan modul pendidikan sendiri menerusi kursus persijilan dalam bola sepak di bawah teras urus tadbir, Anugerah FAM yang mengandungi Program Pembangunan Terbaik (Negeri/ Kelab), Program Akar Umbi Terbaik Tahunan dan Jurulatih Terbaik Tahunan (Peringkat Umur) di bawah teras pembangunan bola sepak serta siri kejohanan peringkat remaja yang mapan dan lestari di bawah teras pembangunan pertandingan. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -