Setelah menjulang trofi Sepaktakraw League 2018 (STL Premier) dengan penuh dramatik pada hari terakhir saingan, Penang Black Panthers kini meletak sasaran untuk mempertahankan trofi STL Champions Cup yang akan bermula 7 Disember depan seterusnya melengkapkan kejuaraan berganda, sekali lagi, sepertimana musim lalu.

Begitupun, apit kiri mereka, Azlan Alias mengakui ianya tidak semudah dijangka walaupun saingan edisi kali ini akan membabitkan keseluruhannya pasukan tempatan iaitu enam pasukan dari STL Premier dan dua pasukan dari STL Divisyen Satu berbanding musim lalu yang turut membabitkan pasukan luar negara dari Thailand dan Indonesia.

ā€œSaingan STL Premier telah membuktikan bahawa jurang antara setiap pasukan tidaklah jauh berbeza, semua pasukan nampak seimbang, ianya adalah bagaimana kita menyerap tekanan dan mengurangkan kesilapan pada hari perlawanan.

ā€œSudah tentunya kami tidak rela lepaskan kejuaraan ke tangan pasukan lain, kita masih perlu gilap prestasi terutama ketika menyerang dan mematikan bola. Secara keseluruhan kita bermain lebih baik pada beberapa perlawanan terakhir berbanding awal saingan.

ā€œApapun kita tahu pasukan-pasukan akan menggunakan sebaik mungkin rehat dua minggu untuk mantapkan persiapan, setiap pasukan mahu tewaskan Black Panthers jadi ianya bukan mudah, kita tidak boleh hilang fokus,ā€ ujar Azlan.

Azlan yang merupakan perejam utama skuad kebangsaan dan tonggak yang membantu memenangi pingat emas di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang pada Ogos lalu beraksi dalam hampir kesemua perlawanan dan aksi cemerlang ditunjukkan membolehkannya dinobatkan Apit Kanan Terbaik STL Premier.

Sebagai rekod pada musim lalu Penang Black Panthers muncul juara edisi sulung STL Champions Cup setelah menewaskan Perak Bison 2-0 (21-15, 21-15) dalam aksi final.

Untuk edisi kali ini mereka diundi di dalam Kumpulan A bersama-sama KL Thunder, Kelantan Warriors dan naib juara Divisyen Dua Sabah Mountaineers manakala Kumpulan B pula dibarisi ATM Guardians, Perak Bison, Johor Tigris dan Negeri Sembilan Antlers.Ā  MUHD AIMANĀ 

- Advertisement -