Spekulasi tentang masa depan pemain dalam pembikinan, Muhd Akhyar Rashid terjawab apabila pemain itu sah menjadi milik pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Pengesahan dibuat Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial Johor Saouthern Tigers.

Akhyar mengikat kontrak bersama JDT selama empat tahun, malah JDT juga menambah jumlah klausa perpindahan serta yuran pembangunan kepada Kedah.

“JDT juga telah menambah klausa pelepasan perpindahan bernilai RM12,000,000 ke atas kontrak Akhyar.

” Terdapat yuran pembangunansebanyak RM75,000 yang perlu dibayar kepada bekas kelab pemain tersebut, dan sebagai tanda hormat kepada pasukan Kedah yang telah membangunkan bakat Akhyar, JDT akan membayar Kedah RM100,000,” kata Martin 

Isu perpindahan Akhyar menjadi perbualan hangat apabila Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak berpuas hati dengan penjelasan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap penjelasan berhubung nilai klausa perpindahan serta yuran bagi pembangunan yang telah dibelanjakan untuk melatih Akhyar.

 

 

- Advertisement -