ASC2018: Akram mahu tebus kesilapan

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/12/asc-2018-akram-mahu-tebus-kesilapan">
Twitter
Pinterest

Bolos awal ketika aksi final pertama di Bukit Jalil menjadi faktor pemain tengah, Akram Mahinan hilang fokus di penghujung perlawanan dan gagal memainkan peranannya di bahagian tengah dengan berkesan.

Justeru, beliau tidak mahu kesilapan yang sama berulang di Hanoi dan memasang impian untuk menamatkan final timbal balik selaku juara.

“ Memang saya terpaksa bekerja keras kerana terlalu memberi tekanan. Kita ketinggalan 0-2 di minit 20 dan 23, jadi kami perlu bekerja keras untuk mendapatkan satu gol sebelum tamat separuh masa pertama.

 

Komen Akram Mahinan selepas sesi latihan terakhir di Stadium Kebangsaan My Dinh

 

“Jika kita ketinggalan 0-2 di separuh masa kedua, memang akan menjadi sukar. Justeru ketika separuh masa pertama saya bekerja lebih keras dan selepas minit ke 70 sudah kehabisan tenaga. Kita ketinggalan danperlu bekerja keras. Itulah kesilapan kami,”kata Akram.

Baginya, Malaysia tidak berdepan dengan situasi yang terlalu tertekan kerana Vietnam mungkin lebih merasainya kerana bermain dilaman sendiri dan di hadapan penyokong sendiri.

Selepas sesi latihan terakhir malam tadi, Akram menjelaskan pemain pemain Harimau Malaya tetap ceria dan santai.

“Saya tidak fikir tenteng pasukan lawan… apa strategi mereka. Saya cuma belajar cara permainan mereka dan menjaga prestasi pasukan. Kami perlu lebih berdisplin esok (hari ini), fokus dan berdisplin untuk menang.

“Otak kene free (tenang).. jangan ada tekanan. Kami tetap tenang .. esok (hari ini) kita buat kerja dalam padang.

“Kami tidak tertekan tetapi Vietnam lebih tertekan dengan permainan di laman sendir didepan penyokong mereka.

“Selepas sesi latihan, semua duduk sekali. Semua akan bagi yang terbaik untuk buat kenangan yang terindah. Memang semua dan bersedia untuk esok (hari ini),”katanya lagi.

 

Komen Farizal Marlias ketika sidang media Pra Perlawanan Final kedua

 

Please follow and like us:
0