Foto _ FAM

Keputusan yang terhasil di Bukit Jalil dalam aksi pertama separuh akhir Piala AFF malam tadi sedikit sebanyak memberikan perkhabaran gembira buat Tan Cheng Hoe.

Matlamat seperti yang dinyatakan ketika sidang media pra perlawanan diantara Malaysia dan Thailand pada Jumaat adalah mahu mengelakkan gawang daripada dibolosi menjadi kenyataan.

Hakikatnya, Malaysia seharusnya melangkah keluar dari padang dengan kelebihan gol berdasarkan peluang peluang yang tercipta semalam.

“Saya memang gembira kerana kami tidak dibolosi gol. Dengan keputusan 0-0, syaa jangka apabila kita bertandang ke Rajamangala nanti, Thailand akan bermain sama dan tahap serangan dan kita perlu menyerang juga jika mahu mendapatkan keputusan positif,”kata Chneg Hoe.

 

Cheng Hoe juga mahu pemain pemain lebih tenang ketika didepan gawang khususnya selain mahu barisan pertahanan terus fokus ketika aksi ditempat lawan Rabu depan.

Dalam pada itu, bekas pngendali Kedah ini turut mendedahkan Sumareh dan Syazwan Andik mengalami kecederaan sekaligus terpaksa di keluarkan pada separuh masa kedua.

“Syazwan (Muhd Syazwan Andik) dan Sumareh mengalamiu kecederaan hamstring. Saya yakin pemain pemain mampu menyerap tekanan ketika bermain di Rajamangala,”kata Cheng Hoe lagi. – OLEH KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -