ASC 2018: Chatchai Budprom mahu Harimau Malaya alami ‘mimpi ngeri’

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/12/asc-2018-chatchai-budprom-mahu-harimau-malaya-alami-mimpi-ngeri">
Twitter
Pinterest

 

 

Perang psikologi Separuh Akhir kedua Piala Suzuki AFF diantara Thailand dan Malaysia semakin rancak khususnya melibatkan skuad kendalian Milovan Rajevic.

Penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom paling lantang bersuara memperlihatkan keyakinannya menjelang aksi getir malam esok.

“Malaysia memberi tekanan kepada kami dan membuatkan kami tidak ‘selesa’. tetapi esok adalah berbeza kerana ini adalah Thailand, negara Gajah Perang dan perlawanan akan menjadi sukar.

“Saya harap Malaysia dapat tidur lena malam ini kerana kami akan pastikan mereka mengalami mimpi ngeri malam esok,”kata Chatchai.

Beliau mengakui rakan rakan sepasukan gagal bermain dengan baik di Bukit Jalil yang menyaksikan kedua dua pasukan pulang dengan seri tanpa jaringan.

 

Sesi Sidang Media Pra Perlawanan Milovan Rajevic dan Chatchai Budpom 

 

Namun, itu cerita lama dan Chatchai optimis Thailand mampu mengalahkan Malaysia di laman sendiri.

“Saya tidak nafikan ada tekanan dan cuba untuk tidak bolos tetapi semangat saya tinggi kerana telah memenangi Piala Kejuaraan Thailand bersama pasukan Chiangrai United.

“Sudah tentu saya akan cuba yang terbaik untuk menjaga gawang,”,katanya lagi.

Dalam pada itu, pengendali Gajah Perang, Milovan Rajevic, turut meluahkan rasa keyakinan pasukannya akan bangkit di gelanggang sendiri untuk memastikan Thailand mara ke final sekaligus meneruskan misi memburu kemenangan ketiga berturut turut.

Beliau mengakui Thailand bernasib baik Malaysia gagal memanfaatkan peluang di Bukit Jalil Sabtu lalu, dan akan memastikan Harimau Malaya kecewa untuk kali kedua.

“Kami tahu cabaran dan halangan yang bakal ditempuh dan bagaimana pentingnya Piala Suzuki AFF ini kepada rakyat dan Thailand khususnya.

“Sudah tentu kami mahu menang kali ini. Seperti yang kami katakan pada Sabtu lalu selepas perlawanan, Malaysia bermain dengan aggresif dan memberi tekanan kepada kami memaksa pasukan lebih bertahan.

“Mereka (Malaysia) sudah mempunyai peluang, dan mencuba dan gagal untuk jaringkan gol. Kami tidak akan bertahan dan pastinya mencari gol,”kata Milovan Rajevic

Esok merupakan cuti umum di Thailand sempena memperingati hari kelahiran mendiang Raja Bodindradebayavarangkun, ayah kepada mendiang Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn yang meninggal dunia pada Oktober 2016.

Ketika menyuarat koordinasi perlawanan diantara Thailand dan Malaysia malam esok, Persekutuan Bolasepaj ASEAN (AFF) memaklumkan kesemua 48 000 tiket perlawanan telah habis dijual.

Manakala hampir seribu tiket telahpun dibeli melibatkan penyokong penyokong Malaysia.

Please follow and like us:
0