Status pemain pertahanan Aidil Zafuan Abd Razak yang masih dibelenggu kecederaan pastinya membuka seribu satu persoalan siapak pengganti yang sesuai untuk diletakkan sekaligus bergandingan dengan Shahrul Saad, Nazirul Naim untuk mengisi posisi pertahanan.

Malah, ketiadaan penjaring ketika Malaysia terikat dua sama di Stadium Rajamangala, Bangkok dimana Malaysia mengesahkan slot ke perlawanan final, Syahmi Safari juga bakal menyaksikan seorang lagi pemain yang sering kali mengisi bangku simpanan bakal di senarai dalam kesebelasan utama menentang Vietnam Selasa depan.

Irfan Zakaria antara yang mungkin dimasukkan Tan Cheng Hoe ketika perlawanan final pertama di Bukit Jalil bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Aidil andai masih belum cergas sepenuhnya.

Namun beliau berdepan kritikan susulan aksi hambar ketika dimasukkan menggantikan Aidil Zafuan yang mengalami kecederaan di babak pertama perlawanan.

“Saya tidak berpuas hati dengan persembahan ketika itu kerana ia aksi pertama. Tetapi kini ia menjadi perlawanan hidup mati pasukan dan saya sedia meningkatkan prestasi dan jika diberi peluang, saya akan mencuba yang terbaik,”kata Irfan.

Hanya Shahrul Saad yang menjadi pemain pertahanan yang masih kekal di dalam kesebelasan utama Harimau Malaya sejak aksi pembukaan menentang Kemboja di Phnom Penh sehingga saingan separuh akhir kedua menentang Thailand.

 

 

Bagi pemain pertahanan terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018, beliau bersedia untuk digandingkan dengan sesiapa sahaja Selasa depan.

“Saya tiada masalah bermain dengan dia (Irfan Zakaria) dan harap dia memberikan yang terbaik di bahagian pertahanan.

“Tidak kira siapa pun yang akan bermain di bahagian pertahanan perlu memberikan komitmen yang tinggi di dalam padang.

Tambhanya lagi, pengalaman ketika beraksi di peringkat kumpulan dimana Malaysia tewas 0-2 kepada Vietnam di Hanoi ketika itu menjadi panduan sekaligus memastikan Harimau Malaya melangkah keluar dari padang dengan keputusan positif.

“Saya rasa memang ada perbezaan. Kita tahu ketika peringkat kumpulan, mereka bermain secara selamat (play safe) tetapi di separuh akhir kita dapat lihat mereka menjaringkan banyak gol dan tidak banyak dibolosi.

“Saya menjangkakan pertemuan yang sengit di final nanti,”kata Shahrul Saad.

Malaysia akan melayan kunjungan Golden Dragons pada 11 Disember sebelum bertandang ke Hanoi bagi final kedua sekaligus menoktahkan pasukan mana yang bakal menjadi juara

- Advertisement -