Perjuangan dan pengorbanan sepanjang kempen Piala AFF 2018 dibayar dengan trofi yang dijulang dilaman sendiri pastinya kenangan manis buat pengurusan dan pemain Vietnam.

Malah, Vietnam satu satunya pasukan yang mampu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua lapan perlawanan sejak peringkat kumpulan sehinggalah ke perlawanan final.

“Saya gembira kerana kami berjaya melakukan yang terbaik selepas kerja keras selama dua bulan dan mereka bekerja keras untuk memenangi perlawanan ini.

“Sebagai jurulatih saya menghargai pengorbanan pemain pemain, barisan kejurulatihan dan staf staf pasukan yang lain.

“Kami mendapat sokongan padu daripada penyokong penyokong Vietnam. Ianya satu penghormatan mendapat sokongan padu dan seperti mana mereka menyukai saya, begitu juga perasaan mereka terhadap penyokong Korea Selatan,”kata Park Hang Seo.

Petikan komen Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang Seo

 

 

Namun, Hang Seo tidak meletakkan pujian keatas penjaring gol tunggal perlawanan Nguyen Anh Duc yang memastikan kemenangan memihak Vietnam malam tadi.

“Saya berterima kasih dan hargai jaringan daripada Anh Duc tetapi gol tersebut hasil usaha 22 pemain juga. Ianya jaringan yang menarik,”kata Hang Seo lagi.

 

‘Kenangan manis’ pemain pemain Vietnam untuk Park hang Seo

 

Vietnam membuka kempen peringkat kumpulan dengan kemenangan 3-0 ke atas Laos disusuli kemenangan 2-0 ke atas Malaysia sebelum terikat tanpa jaringan dengan Myanmar.

Kemenangan 3-0 ke atas Kemboja dalam aksi terakhir peringkat kumpulan memastikan Vietnam muncul juara kumpulan sekaligus berdepan Filipina di separuh akhir.

Tiada masalah untuk The Golden Dragons mengatasi Filipina dengan kemenangan aggregat 4-2 sekaligus melangkah ke final untuk kali ketiga.

Vietnam mengesahkan status sebagai juara untuk kali kedua selepas menang ke atas Malaysia 3-2 menerusi aggregat.

 

 

- Advertisement -