ASC 2018 : Zaquan tidak mahu pemain terlalu bangga.

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/12/asc-2018-zaquan-tidak-mahu-pemain-terlalu-bangga">
Twitter
Pinterest

 

 

Kapten pasukan Malaysia Zaquan Adha Abd Razak nyata lega dengan keputusan malam tadi yang menyaksikan Harimau Malaya melangkah ke perlawanan final Piala Suzuki AFF 2018.

Rakan sepasukan telah memberikan yang terbaik sepanjang latihan dan ketika di padang, mara ke final ibarat pengorbanan yang berbaloi untuk kesemua yang terlibat.

“Macam yang saya cakap, rezeki tidak pernah salah alamat. Kita berusaha, ikhlas dan jujur, kemenangan menjadi milik kita,”kata Zaquan

Tambahnya lagi, kegagalan penyerang Thailand Adisak Kaisorn menyudahkan penalti dipenghujung perlawanan ternyata memberi tuah buat Harimau Malaya.

Namun beliau tidak mahu rakan rakan terlalu dibuai mimpi indah kerana masa yang ada sebelum sepak mula perlawanan final perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya.

“Saya rasa itu keajaiban dan doa yang tidak putus daripada keluarga dan usaha kami. Dalam bolasepak memang begitu, kadang kadang kejam dah tertulis kita ke final.

“Cuma saya mengharapkan kita tidak mendongak terlalu tinggi. Kita akan cuba di final nanti,”kata Zaquan lagi.

 

Petikan komen Zaquan Adha Abd Razak dan Norshahrul Idlan Talaha

 

 

Pemain terbaik perlawanan separuh akhir kedua malam tadi, Norshahrul Idlan Talaha juga mengucpkan terima kasih kepada semua yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menyarung jersi Malaysia dan beraksi di kejohanan ini.

Malah, Norshahrul melihat pasukan Thailand punya kualiti tersendiri walaupun tanpa bintang utama berbanding pertemuan terakhir Malaysia ketika 2014.

Saya ucapkan terima kasih kepada coach ( Tan Cheng Hoe), isteri dan anak anak yang selama ini memberi kepercayaan dan semangat yang tinggi untuk terus berjuang dalam bidang bolasepak.

“Saya lihat pasukan Thailand sekarang dengan pasukan 2014 sedikit berbeza. Walaupun tanpa Teerasil (Dangda) dan Chanathip Songkrasin, mereka bermain sebagai satu pasukan dan mempunyai pemain nombor 9 (Adisak Kaisorn) yang mempunyai penyudah yang tajam.

“Kita bersyukur juga, tahun ini kita layak ke final. 2014 kita tidak layak…tahun ini kita ke final,”kata Norshahrul.

12 penampilan Malaysia di Piala AFF, Malaysia mara ke final sebanyak empat kali; 1996, 2010, 2014 dan 2018 dan muncul juara buat pertama kali pada 2010.

Malaysia akan menanti pemenang satu lagi aksi separuh akhir diantara Vietnam dan Filipina yang akan berlangsung malam ini.

Please follow and like us:
0