Marquee Sports Management, sebuah syarikat pengurusan atlet yang merupakan ejen berdaftar yang sah kepada Akhyar Rashid, tampil menyelar atitud dan sikap kurang professional pemain itu kerana tidak menghormati kontrak yang telah ditandatangani.

Menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, wakil syarikat itu Wan Mohd Anwari Wan Amran kesal kerana hak mereka sebagai ejen rasmi telah dicabuli kerana Akhyar dengan bantuan Rafdi Rashid (abang Akhyar) menggunakan ā€˜pintu belakangā€™ untuk menguruskan perpindahan ke kelab lain.

ā€œKami tidak tahu menahu dia mahu menyertai pasukan lain, saya tahu pun apabila perkara ini sudah sampai kepada Jawatankuasa Status FAM. Bila saya cuba dapatkan penjelasan dan bertanya kepada keluarga terdekat Akhyar, rupanya mereka sudah buat kerja belakang. Yang buat kerja ni abang dia Rafdi dan Akhyar sendiri.

ā€œItu yang buat saya betul-betul kecewa kerana dia sudah menandatangani kontrak dengan saya untuk menjadi ejen yang sah untuk berunding dengan mana-mana kelab, tetapi kenapa terus pergi jumpa, berunding dengan pasukan baru tanpa melalui saya?

ā€œDalam kata mudah, dia tidak menghormati kontrak yang telah ditandatangani dan melanggar perjanjian yang telah dipersetujui,ā€ ujar Wan Anwari.

Tambah Wan Anwari lagi, ā€œTiada sesiapapun dari pihak Akhyar datang berjumpa untuk memberi penjelasan kepada saya, saya hubungi mereka pun tiada yang menjawab dan lebih menyedihkan adalah ketika berselisih di Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) pada bulan lalu, dia buat-buat tak tahu, tak kenal saya seolah saya ni tak wujud.

ā€œSaya tak pasti kenapa atitud dia menjadi begitu, mungkin ada yang mencucuk, tetapi itulah hakikat. Kalau mereka ada apa-apa masalah dengan saya, datang berjumpa cakap depan-depan, main ikut jalan belakang bukan cara yang betul. Banyak yang kita buat untuk lonjakkan nama dan karier dia, tetapi macam ni dia punya sikap.

ā€œSaya cerita semua ini bukan kerana marah atau dengki, bukan mahu memberi imej buruk atau merosakkan karier Akhyar, tetapi saya berharap mana-mana pemain selepas ini silalah hormat kontrak jangan main langgar. Kontrak tu bukan sekadar kertas putih, tapi satu perjanjian.ā€

Sebagai rekod, Akhyar pada bulan lalu telah menghantar permohonan untuk berpindah (transfer request) kepada Persatuan Bolasepak Kedah dan selepas ianya tidak dilayan dia membawa kes itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia memohon penamatan kontrak.

Beberapa hari lalu, FAM mengeluarkan kenyataan bahawa tuntutan Akhyar itu diterima dan dibenarkan menebus kontrak dengan bayaran RM210,000, yang sekaligus bermakna dia sudah bergelar ejen bebas dan tidak lagi terikat dengan Kedah.

Johor Darul Takzim kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan bahawa mereka sudah memulakan rundingan dengan pemain itu dan sekiranya rundingan berjaya, RM75,000 perlu dibayar kepada Kedah sebagai pampasan latihan. MUHD AIMANĀ 

- Advertisement -