Khidmat pemain import, Liridon Krasniqi tidak akan disambung bagi musim 2019 selepas Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memutuskan untuk menggunakan pemain baru bagi menggalas tugas pasukan Kedah.

Keputusan itu dibuat oleh KFA bagi mengurangkan kos perbelanjaan selain memanfaatkan pemain pemaon tempatan yang dilihat mempunyai potensi yang seimbang dengan pemain import.

Liridon sebelum ini antara pemain pemain yang disenaraikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyarung jersi kebangsaan selepas tonggak Pahang, Mohamadou Sumareh.

Kedah telahpun mendapatkan khidmat penyerang yang juga kapten Harimau Malaya ketika saingan Piala Suzuki AFF 2018, Zaquan Adha Abd Razak.

Dalam pada itu, keputusan berhubung pampasan terhadap Akhyar Rashid hanya akan diputuskan oleh KFA selepas mesyuarat bersama FAM yang dijadual berlangsung esok.

 

- Advertisement -