Kuala Lumpur Criterium – Night Challenge

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/12/kuala-lumpur-criterium-night-challenge">
Twitter
Pinterest

 

Kementerian Wilayah Persekutuan bersama-sama Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur akan menganjurkan sebuah lagi acara sukan berbasikal Kuala Lumpur Criterium – Night Challenge pada 2 Februari 2019 bertempat di Dataran Merdeka. Acara ini turut dianjurkan bersempena perayaan Hari Wilayah Persekutuan 2019.

Acara perlumbaan berbasikal berkonsep kriterium ini merupakan perlumbaan pelbagai kategori peringkat umur, kategori wanita dan tumpuan diberikan kepada acara Lelaki Terbuka dan Terbuka Elit yang akan dijalankan di sebelah malam.

Menteri Wilayah Persekutuan,  Khalid bin Abd Samad,  yang hadir merasmikan acara berkenaan berbangga dengan penganjuran acara ini dimana Hari Wilayah Persekutuan tahun 2019 akan disambut dengan sebuah perlumbaan berbasikal yang berkonsep agak unik dengan perlumbaan aksi hebat perlumbaan di waktu malam dan perlumbaan pelbagai kategori umur di sebelah siang. Selain daripada itu sebuah karnival juga akan berlangsung dari awal pagi hinggalah ke malam.

Tambah beliau “buat pertama kali juga acara perlumbaan berbasikal di Dataran Merdeka dan sekitar Kuala Lumpur akan disiarkan secara langsung melalui “live streaming” di Facebook dan Youtube. Ini bukan sahaja dapat mempamerkan sebuah acara perlumbaan basikal yang besar, tetapi juga dapat terus mempromosikan keindahan dan kemajuan Kuala Lumpur yang boleh diakses melalui media social”.

Pengarah Acara, Emir Abdul Jalal yang mengetuai syarikat Motoshoot Media Sdn Bhd, turut merasakan acara ini bukan sahaja akan menarik minat kesemua pasukan-pasukan professional Malaysia TSG, Sapura dan Forca Amskins, tetapi juga pasukan-pasukan amatur yang semakin matang tentang perlumbaan berbasikal berprestasi tinggi seperti ini.

Beliau turut menambah “Pihak Majlis Sukan Negara juga berpeluang mengintai potensi pelumba-pelumba pecut muda yang mampu diketengahkan di dalam peringkat yang lebih tinggi melalui acara ini”.

Acara ini turut dibantu oleh Majlis Sukan Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Tindakan Pelancongan Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

Please follow and like us:
0