Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) akan beraksi dalam saingan Liga Super 2019 sekaligus menggantikan Felcra FC, yang menarik diri susulan masalah kewangan.

Felcra FC yang merupakan naib juara Liga Premier 2018 akan mengiringiĀ  Juara Liga Premier 2018, Felda United ke Liga Super musim depan.Ā 

Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menerusi kenyataan medianya hari ini memutuskan hal iniĀ  bagi melengkapkan 12 pasukanĀ  dalam saingan Liga Super musim depan.

Alasan MFL terhadap pemilihan MIFAĀ  yang telah berusaha mematuhi keperluan MFL dan telah menunjukkan perancangan yang jelas, malahĀ Ā pelaburan baharu yang bakal diterima akan dimanfaatkan untuk menjadi lebih stabil pada masa yang akan datang.

Sementara itu, MFL turut mengesahkanĀ  Perlis FA, Terengganu FC II dan Selangor United akan beraksi dalam saingan Liga Premier bagi musim depan.

Perjumpaan telah diadakan di Wisma FAM semalam melibatkan pihak MFL yang diwakili Ketua Pengarah Operasi Kevin Ramalingam dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam bersama Presiden Perlis FA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit.

Namun, Perlis FA dikenakan syarat dimana segala tunggakan gaji perlu diselesaikan dalam tempoh 60 hari atau MFL tidak akan memberikan dana kepada pasukan itu.Ā 

Dalam perkembangan lain,Ā  juara Piala FAM 2018 Terengganu City FC dan Kuantan FA sah tidak akan bersaingĀ  dalam Liga Premier musim depan susulan kegagalan menyelesaikan tunggakan gaji mengikut tempoh yang ditetapkan.

Ā UKM FC pula kekal beraksi dalam Liga Premier, namun dikenakan denda serta amaran susulan gagal mengikuti jadual yang telah ditetapkan oleh MFL.Ā Ā 

- Advertisement -