Pemilik kelab gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akhirnya bersuara susulan isu perpindahan pemain dalam pembikinan, Muhd Akhyar Rashid yang masih belum selesai.

Tunku Ismail ‘turun padang’ menjelaskan senario yang yelah dilakukan oleh JDt untuk membawa pemain sayap itu ke selatan tanah air.

“Terdapat klausa dalam peraturan bola sepak yang menyatakan bahawa seorang pemain boleh meninggalkan pasukan pada akhir musim sekiranya beliau inginkan, dengan mengikut prosedur tertentu.

Apabila terdapat laporan bahawa Akhyar Rashid sedang berusaha untuk menamatkan kontraknya dengan Kedah dan sedang menunggu keputusan FAM selepas Kedah tidak mengendahkan permintaannya untuk membincangkan perkara tersebut, kami menyatakan bahawa kami hanya akan mendekati Akhyar apabila beliau telah meninggalkan kelab tersebut dan merupakan ejen bebas,”Kata Tunku menerusi kenyataan di laman sosial Johor Southern Tigers (JST) semalam.

 Tambahnya, Kedah seharusnya meneliti pengurusan dalaman yang gagal meyakinkan Akhyar untuk kekal bersama pasukan itu.

“Saya tidak boleh kecewa dengannya atau pasukan yang hendak mendapatkan pemain tersebut. Kenapa? Kerana ini bermakna kelab tidak menjaga pemain tersebut dengan baik sehingga mendorong pemain tersebut untuk berhijrah.

“Saya hanya boleh menyalahkan diri sendiri dan kelab ini kerana tidak dapat menjaga pemain dengan baik. Saya akan melihatnya sebagai satu kegagalan kami kerana mungkin kami ada melakukan kesilapan. Sekarang, Kedah menyalahkan orang lain,”katanya lagi.

Dengan senario yang berlau ketika ini, meskipun sudah diputuskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ditambah dengan keputusan JDT untuk meletakkan jumlah klausa (RM 12 juta) dan bayaran tambahan RM 100 000 kepada Kedah yang telah melatih Akhyar, Tunku Ismail melihat pengurusan KFA tidak faham dengan mendalam tentang peraturan.

Malah, Tunku Ismail tidak menghalang KFA untuk membawa perkara ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) ataupun badan induk bolasepak dunia, FIFA.

- Advertisement -