#Butik ASICS terbesar dan terkini yang menawarkan jenama lebih mantap dan sistem foot ID ASICS eksklusif buat pengguna 

 

ASICS, jenama pakaian sukan prestasi terunggul dari Jepun, hari ini melancarkan butik terkini di Pavilion, Kuala Lumpur dirasmikan oleh Pengurus Strategi Korporat Serantau, ASICS Asia, Akira,  dan Pengurus Negara, ASICS Malaysia, Boon Tib Soom Nik.

Butik seluas 2,360 kaki persegi ini menawarkan pilihan produk yang lebih luas termasuk jenama gaya hidup dan fesyen jalanan (streetwear), ASICSTIGER yang menjadi permintaan di Malaysia.

“Kami teruja atas sokongan dan kepercayaan pelanggan serta peminat jenama ASICS di Malaysia. Misi kami adalah untuk terus berinovasi dan memberikan terbaik melalui pengalaman pelatih yang bertaraf tinggi, teknologi dan pelanggannya.

“ASICS sentiasa menjadi pendahulu dalam menyediakan pakaian sukan prestasi terbaik bagi pelari dan atlet, melalui ASICSTIGER, kami ingin memenuhi permintaan pemburu ‘sneaker’ pula dalam pasaran.” Kata Boon Tib Soom Nik.

Semasa pelancaran, tetamu berpeluang merasai pengalaman konsep kedai yang mudah diteroka dengan ruangan komuniti yang selesa disamping memperkenalkan teknologi proprietari ASICS; ASICS Motion ID/Foot ID.

 

 

Teknologi ini membolehkan pelanggan menganalisis bentuk larian mereka dalam 3D dengan terperinci menggunakan laser dan kamera mikro. Secara tidak langsung, pelanggan dapat memiliki model kasut yang optimum seiring dengan prestasi mereka.

Antara kemuncak utama adalah pelancaran model ikonik GEL- NIMBUSTM yang ke-21, di samping menampilkan teknologi kusyen terkini ASICS; FLYTEFOAMTM PROPEL dan FLYTEFOAMTM LYTE. Gabungan antara sains manusia dan teknologi terkini memberikan pelari jarak jauh keselesaan tiada tandingan agar mereka mampu berlari lebih jauh.

Majlis dimeriahkan dengan sesi bergambar bersama Duta ASICS, Edan Syah dan Aishah Sinclair dan selebriti lain seperti Ali Satar.

Atlet Paralimpik negara merangkap Duta ASICS terkini, Muhamad Ziyad Zolkefli yang memecah rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 dengan dengan jarak jauh 17.29m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia
2017 di London dan Mohamad Ridzuan Puzi yang dicalonkan Atlet Para Lelaki Terbaik 2018 turut hadir memeriahkan majlis.

 

#ASICSMYLaunch #ASICSMalaysia #IMoveME

- Advertisement -