Pengurusan Kelab Bolasepak Felda United akhirnya membuka mulut mengenai isu tunggakan gaji lebih tiga bulan membelenggu pasukan itu.

Presiden kelab, Datuk Abd Ghani Mohd Ali berjanji pengurusan tidak akan lepas tangan dan memberi jaminan ianya akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

ā€œKita telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi FELDA, Tan Sri Megat (Zaharuddin) pada 28 Disember lalu, pihak pengurusan komited untuk menyelesaikan tunggakan berkenaan.

“Sememangnya pihak pengurusan bertanggungjawab sepenuhnya dan akan mematuhi segala hak mereka yang terbabit seperti yang sudah dipersetujui dan dinyatakan dalam kontrak pemain dan jurulatih.

“Itu adalah hak mutlak mereka yang tidak boleh dipertikaikan. Mereka berhak untuk bersuara selepas bertungkus-lumus pada musim lalu sehingga The Fighters berjaya menjulang Piala Liga Perdana 2018 dan kembali semula ke kancah Liga Super,” kata Ghani.

Bagaimanapun, katanya, sedikit masa diperlukan untuk ianya diselesaikan secara berperingkat.

“Umum mengetahui bahawa masalah kewangan pasukan berkait rapat dengan masalah kewangan FELDA yang membelenggu bukan sahaja pasukan bolasepak Felda United malah keseluruhan organisasi serta komuniti peneroka seluruh Malaysia.

“Badan induk FELDA juga sudah membuat perancangan yang teliti dalam menyelesaikan isu yang dihadapi. Malah, sebelum ini pasukan tidak pernah menghadapi masalah tunggakan gaji kepada mana-mana jurulatih dan pemain, malah kami sangat mementingkan kebajikan mereka,” ujarnya dipetik dari Sukan NSTP.

Isu mengenai tunggakan gaji pemain-pemain dan jurulatih skuad Felda United mula tular sejak beberapa minggu lalu setelah beberapa pemain termasuk bekas jurulatih, B.Sathianathan lantang menyuarakan kekecewaan dan menuntut hak mereka dibayar.

Malah mereka turut memberi amaran mahu mengheret kemelut itu ke pengetahuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk diselesaikan.

FAM sendiri turut mengeluarkan kenyataan menerusi Setiausaha Agungnya, Stuart Michael Ramalingam menuntut penjelasan dari Felda United mengenai kedudukan kewangan mereka walaupun tidak menerima laporan secara rasmi.

Mungkin ā€˜goyahā€™ dengan amaran tersebut yang berpotensi menyebabkan pasukan itu kehilangan slot beraksi di Liga Super, akhirnya pengurusan Felda UnitedĀ  mula menunjukkan kesungguhan dan inisiatif melangsaikan hutang.

Begitupun pemain-pemain yang masih menanti bayaran diselesaikan, belum mahu menarik nafas lega selagi janji tidak ditunaikan. Salah seorang pemain dihubungi Sports247 berkata :

ā€œTerima kasih kerana prihatin, tetapi jangan sekadar pandai berjanji, janji belum tentu ditunaikan. Semua tahu sekarang Liga Malaysia 2019 sudah hampir buka tirai, jadi semua pasukan mula berjanji macam-macam, sebab kalau tidak mereka mungkin tidak boleh bermain. Jadi, harapan saya, kotakan janji. Apabila janji dikotakan, baru kami boleh tersenyum.ā€ – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -